Sunday, May 10, 2009

Konvensyen "berakhirnya agenda Zionis"

urusetia...PEMBINA...khusyuk mendengar

Assalamualaikum wbt...

alhamdulillah....
aku dan sahabat-sahabat aku telah menghabiskan masa lapang kami 9 Mei 2009 di PWTC

sebelum itu ini adalah satu pengumuman: sekiranya anda ingin mendengar rakaman konvensyen tersebut boleh minta dari saya, saya akan cuba hantar kepada anda.

kami di antara wakil dari UPSI yang bertandang ke konvensyen ini..jumlah semua ada 6 orang sahaja. 4 Muslimat dan 2 muslimin sahaja.

kronologi perjalanan kami:

7.00 am: bergerak dari UPSI untuk ke PWTC. Kami naik kereta berempat.

8.15 am : sampai di PWTC. tak pergi daftar lagi, kena tunggu 2 orang lagi kumpulan kami untuk sama-sama mendaftar
8.45 am: masuk ke dewan Merdeka. pembentangan dah mula pun. kami berempat duduk kat atas..jadi akuleh usha penonton kat bawah. Nasib baik aku bawa cermin mata aku...kalau tak xnampak apa la yg ada kat skrin tu.

....aku tak ingat dah...
sebab aku tak tengok jam sepanjang masa..


wei tengok depan la...ape plak pandang2 kamera ni..kerusi depan menjadi pilihan agar tiada halangan untuk aku melihat penceramah..erk..kat dewan tu memang gelap..jadi aku pun bertambah gelap la..



takpela aku cerita secara ringkas sahaja.
masa rehat pagi tu, aku tak dok dengan kawan2 aku...mengasingkan diri kat kerusi hujung sebab tempat diorang xmuat.
aku pun duduk dnegan mak cik ni..dia dari Shah alam, dia datang sekeluarga. Anak dia adalah salah seorang Ajk yang menganjurkan prog ni. Kira ramah juga la aku ni kan..hehe

lepas tu sambung sesi kedua...dari semua ahli panel...aku paling suka Dr Azzam Tarmimi..bersemnagat betul dia bagi ucapan..
ada beberapa kenyataan yang dia huraikan menyentuh hati...aiseh dahla aku ni sensitif hehe...cepat je mata ni nak mengalirkan airmata...

sesi tengahari aku ter"mengantuk" sikit..tidur la kejap...aiseh ade la dalam 20 minit...lame gak tu..banyak aku dah terlepas huhu..dah la slot dr AzzaM Tarmimi.

aku pun tengok-tengok la penonton kt bawah..banyak juga kerusi dah kosong atau pun diorang tak masuk lagi lepas makan tengahari tadi. Tak kurang juga yang mengantuk. Angguk-angguk, geleng-geleng pun ada. macam-macam aksi. Tapi dalam ramai-ramai tu, sikit je yang mengantuk. Majoriti masih bersemangat mendengar. aku pun dah lepas zon mengantuk, biasalah lepas makan tengahari kan.

kami mengundurkan diri dalam jam 4.00 petang. Tamat sahaja sesi soal jawab dan sementara menunggu slot penutupan, kami dah blah...bukan apa, kami kena balik ke tanjung malim semula..huhu kesian kat pemandu....

antara perkara-perkara yang aku dapat cerap daripada beliau sepanjang pembentangan ialah (tapi tak semua la ye...ni yag aku ingat dan insyaALLAH aku akan sentiasa ingat)

1. mengenai soalan Salahuddin Al-Ayubi:

- lahirnya insan ini adalah bermula dengan didikan seorang guru, dan guru tersebut adalah anak murid salah seorang Iman..kalau aku tak silap dia kata Imam Al Ghazali (sapa yang pergi konvensyen tu tolong perbetulkan kalau salah ya). Maksudnya lahirnya insan bernama Salahuddin Al-Ayubi ini alalah dari didikan seorang guru atau pendidik..
dan aku adalah seorang bakal guru... Betapa besarnya kerja dan tangggujawab seorang guru.. dan apa yang aku dapat simpulan di sini...dan aku kongsi dengan sahabat-sahabat aku yang sama-sama pergi ialah

TEACHER - we can change the UMMAH..

wah lihat betapa besarnya tanggungjawab guru...
we will change the UMMAH...
maksudnya masa depan UMMAH juga diletakan di bahu kita dalam mendidik anak bangsa kita.

Ya ALLAH jadikan aku seorang guru yang mampu mendidik anak murid aku dengan baik dan mereka cemerlang di dunia dan akhirat.

2. mengenai Imam Mahdi
- Dr Azzam tarmimi kata tiada hadis sohih yang menceritakan kedatangan Imam Mahdi. Aku tertarik dengan kata-kata beliau

"Work.. You Have to work, You have to do your job, your responbility. Dont just wait for the Mahdi until you die and the Mahdi will never come.
You Have to do someting. We are going for JIHAD.
We have to support the Mujahideen. Dont just sitdown and wait for the Mahdi to come and rescue us. You are the Mahdi. All of us must be the Mahdi.
You Have to do your jobs and your responbility. You are the one who will change the world.
You still want to wait for the Mahdi? Go ahead. I will not going to wait for the Mahdi. I'm going for JIHAD until I die."

Aku akan cuba upload rakaman ini secepat mungkin...ya ini lah kata dia yang sempat aku catat dalam lembaran kertas kerja. Seperti satu suntikan baru yang membakar semangat aku. Kamu juga wahai sahabat-sahabat.

3. kita mnyokong idea yang dibawakan bukan persatuan, organisasi, parti itu tapi pada perjuangan yang mereka julang. Pada perjuangan yang mereka pegang....

- hari ini kita llihat fenomena dunia...bagi saya tidak perlu jauh...pergolakan politik di Perak tempat saya menuntut ilmu ini cukup menunjukan betapa buruknya apabila Perjuangan atas nama ALLAH itu di pandang enteng.
apa bila manusia mengagung-agungkan peraturan yang dicipta oleh manusia.

4. mengapa kita menyokong Pembebasan Palestin?

- " History of Palestine is the history of Iman, history of Jihad tok seek "redha ALLAH".
ye perjuangan di palestin adalah perjuangan mengenai iman, pejuangan mengenai Jihad.
pernah kamu selak lembaran sirah Palestin..
berdasarkan sejarah lampau...sesiapa yang menguasai palestin berpotensi dan akan menguasai dunia...
Benar, itu adalah sejarah dunia, yang tidak akan berubah.

** kira ini sahaja perkongsian buat kali ini...kepada sahabat-sahabat yang hadir dalam konvensyen ini, sekiranya ada sebarang pertambahan atau kesilapan dalam penulisan saya, tegur-tegurlah***

***aku hanya manusia biasa, walau aku seorang raja, aku tetap manusia biasa, walau aku seorang perdana menteri, aku juga manusia biasa, walau aku seorang presiden, aku tetap manusia biasa, tiba mana, tiba ketika, aku akan kembali kepada SANG PENCIPTA, ALLAH YANG MAHA ESA***

2 comments:

Lisam said...

waa...
xbek tol ciknurul ni...
sakit leher ambo kene pusing2..
seb bek xjatuh kusi je...

puterinurzahra said...

hehehe..usaha tangga kejayaan pakcik lisam huhuhu...

kalau takut jatuh kerusi dok kat lantai dah ar..hahaha