Tuesday, March 31, 2009

Wanita Tudung Merah Tolak PPSMI


Usul tolak PPSMI diterima tanpa bahas
Jimadie Shah Othman, Malaysiakini, Mar 25, 09 1:38pm

Dua Wanita Umno bahagian mengesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diamalkan di sekolah-sekolah.

Usul daripada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor itu merupakan sebahagian usul pendidikan yang diterima tanpa bahas dalam perhimpunan Wanita Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.Wanita Umno Ledang membuat gesaan itu dalam kerana perlaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan didakwa "melemahkan minat murid, terutamanya daripada kawasan luar bandar".

Usul itu menyebut: "Menegaskan kerajaan menimbang semula kesan negatif pengajaran dan pembelajaran (Sains dan Matematik) dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah bagi mata pelajatan Sains dan Matematik."

Wanita Umno Kuala Langat pula menyifatkan bahasa Melayu perlu digunakan kembali berdasarkan ketetapan dan peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaaan dan bahasa rasmi negara.

13 comments:

Khairul said...

aku sokong PPSMI 100% dan aku tak faham kenapa orang melayu bising-bising sangat pasal PPSMI ni..

seolah2 dieorang tak nak maju langsung..sedangkan bangsa lain belajar lebih dr 3 bahasa tak kecoh pun

puterinurzahra said...

hehehe...

kamu kena baca lebih pasal kajian2..
lepas tu kamu blh buat penilaian nya ye...

kalau sekadar pendapat sume org boleh bg pendapat..

pendapat kena berdasarkan kenyataan

Khairul said...

yup. nak dengar gak pendapat dari orang lain. sebab memandangkan majoriti yang dah kena PPSMI ni sokong PPSMI termasuk aku. sebab tu la aku tak faham bila orang yang tak ada kena mengena dengan PPSMI still nak buat bantahan... >,>

and adik aku sorang skolah english, sorang sjk cina, and sorang arab. masing-masing sokong PPSMI. Famili aku galakkan lagi kepelbagaian bahasa.

ada orang cakap, menyusahkan budak2 sekolah rendah belajar english. adik aku boleh speak mandarin lancar je pada darjah 2. >,>
so kalu mandarin yang susah pun boleh catup dengan mudah, apalagi english yang lauh lagi senang.

semuanya atas dasar nak atau tak.. nama pun belajar, mmg la susah.

puterinurzahra said...

tp itu beljar bhsa kn..bbukn belajar sains or mth...

Khairul said...

math in mandarin wajib kat sjk c =)

kita tak boleh fikir untuk jangka pendek ja..kita mesti berfikir untuk jangka panjang. dimana bila BI digunakan secara meluas termasuk bila nak sambung kat luar negara.

biar susah dulu, asalkan senang di kemudian

puterinurzahra said...

hehe...

nanti kita wat math dlm b.arab pulak nak?

sains dalam b.arab blh jugak..

hmm mandarin kt SJK c adalah bahasa ibunda kebykan pelajar kt sekolah tu...

bhasa ibunda kita adalah bhasa melayu...

jadi cuba anda bandingkan...

tamsisanc said...

aku rasa jwpn ko tu dh lari dr yg asal la nurul..bkn soal..blaja dlm bhse arab atau bhse mandari..tp ppsmi dlm sains dan math akan luaskan penggunaan bi..xkn nk ajar agama..sejarah..sastera plak dlm bi..tu lg berat..kalau takat blaja bi je..pastu xde zon pengukuhan utk bidang lain..sampai bila pn..akan jd mcm tu..aku ajar tuisyen english..aku tengok..bdk2 x pandai bkn x ckup blaja bi..tp xdpt nk praktikn..aku rse sains ngan math yg palin sesuai utk tu..since bhse english diguna meluas utk tu..aku sndiri pon kalu bce jurnal dlm bi..mcm nk menangis...sbb aku x diterapkn dr awal..so..aku xnk ank bangsa aku jd mcm aku..x gune kalau kita beria nk martabat bangsa tp hakikatnya sebenarnye kita xde apa2..tengokla..aku ni pon..kalau kne wat asgment kritik jurnal lg pasal ict..jenuh aku cri jurnal bm..haram..kalau ade pon kajian2 utk org wat phd je..kita x ley nk nafikan sains dan teknologi ngan bi mcm ibu ngan anak..kalau kte terhegeh2 nk translate..smpi ble pon kte akan ketinggalan..bila kta bela ikan..biar kita ajar ikan tu cri makan dr kita asyik bg dia mkn..hehe..tu pendapat aku la..

Khairul said...

pendapat yang memberansangkan...

aku golongan pertama yang kena PPSMI..skrg ni aku kat U kos kimia yang mmg guna BI sebagai bahasa peantara...

kenapa? sebab U aku di miliki oleh orang yang berfikiran jauh ke hadapan.. aim kiteorang adalah sambung kat luar negara...so english tu amat penting ..

sampai bila kita nak stay kat malaysia.. bak kata ayah aku, ni lah satu2 nya masa yang aku ada untuk lihat dunia luar (masa belajar)

lagipun taraf pendidikan luar negara jauh lagi tinggi dari malaysia..

Anonymous said...

apa yang bestnya tentang BM?

puterinurzahra said...
This comment has been removed by the author.
puterinurzahra said...

erk...aku pun belajar Kimia juak khairul...nape BM best, Anonymous: kamu memang xguna bm erk....

tp based on apa yg aku perhatikan di sekolah, majoriti pelajar tidak berminat belajar sains dan math sebab diorang xpaham...
yang bandar lain cerita.
yang luar bandar banyak yang tak mahu belajar sebab diorang xpaham pun kalau nak ajar eng..
kalau dah tak minat belajar cmne?
ke nak bagi depa yg dok bandar je pandai...
yang patut diperkasakan adalah b.inggeris...
b. ingeris pun xlepas nk pulak ajar sains dalam b.eng...
kwn2 aku yang dah kat sekolah sekrang banyak perhatikan pelajar ni tidak memahami konsep2 sains...
aku bercakap berdasarkan realiti..
apa yang kami rasai sendri...

mungkin korang tengok pencapaian yang diwar2kan ttg PPSMI utk spm n pmr meningkat...

yg ni perlukan satu lagi ilmu iaitu penilaian, pengukuran dalam pendidikan...
pengiraan berdasarkan ujian rujukan norma..
sape yang ada ambil subjek pendidikan bagusla....mungkin korang boleh nilai balik apa yang diwar2kan oleh media..

untuk student U plak....berapa ramai yang faham konsep berbanding yang menghafal untk exam....
sebab aku tengok kwn2 aku sendiri yangambik sains ni, hanya menghafal je apa yang di ajar...
kadang lecturer pun guna bm jugak dalam kelas..
tapi nota dan exam dlm BI...
jd jawapannya hafalan je nota 2...
walaupun tidak semua mcm ni tapi sebilangan besarnya beggini..
ada yang faham tapi berapa ramai je yang faham betul2 faham..

~~~bakal cikgu~~~~

tamsisanc said...

nurul..aku pon bakal guru..insyaallah aku akan mengajar ict(major) atau bahasa inggeris(minor)..dlm hal pelajar x minat..aku salahkan guru..sebab sebagai guru..kita kena pastikan yg terbaik utk murid2 kita..kita yg kena create minat pelajar..aku rasa ko pon tahu pasal teori2 pembelajaran kn..kita student pendidikan ade amik bnde tu..lagipon kerajaan dh abis bnyk duit utk memudahkn p&p utk ppsmi..bnyk bahan bntu mengajar diberi..guru yg x guna..aku ada buat kajian pasal bnde ni utk asgment aku..memang ckgu yg x nk guna..lepas tu diorng gak yg heboh x bley mengajar..tu namanya makan gaji buta..pd aku ckgu mcm tu..cuma pentingk periuk nasi dan kesenangan sndiri..x pikir pasal mase depan anak bangsa..negara maju mcm korea ngan jepun skank ni terkekeh suh pelajar blajar bi..lite plak yg bru setahun jagung nk beria2 nafikn bnde tu..apa sgt teknologi yg kita dh hasilkan..bape bnyk sgt bahan ilmiah yg kta ley kuarkn..x banyk..bahkn kita masih bergantung pd teknologi n bhn ilmiah luar..yg memerlukan penguasaan bi terutamanya dlm sains dan teknpologi..boleh lakukan terjemahan..tp jgn lupa sains n teknologi ni setiap hari akan bertambah penemuan dan ilmunya..belum sempat nk terjemah..dhn ada yg baru..last2 kita ni kebelakang..soal hafal atau x?tu bkn msalah..mcm kita mula2 blaja bce al-quran..nula2 kita menghafal gak..bkn terus paham maksud..tp bila bnde tu dh lekat dlm kepala bru kita akan faham..sbb bnde tu akan kita gunakan hari2..utk xm memangla kene hafal lagipon..lainlah kalau soalan dia bersifat prosedur..kalau prosedur amali pon kita kene hafal..yela..mcm ko nk wat eksperimen..ko mesti kena hafal step2 dia..so tu bkn mslh besar..aku sokong ppsmi..

tamsisanc said...

untuk berubah memang sukar tp kalau niat kita baik pasti ada hasilnya..