Sunday, March 8, 2009

Sirah Nabawiyah & Sej Melayu Melaka. 2 bangsa berbeza tapi gemilang kerana 1 Pegangan yg sama

Anda minat sirah atau sejarah??
rata-rata tidur semasa kelas pendidikan islam dan sejarah?? betul??

saya seorang peminat sirah dan sejarah kerana cintanya pada ilmu dan banyak kisah yang boleh dijadikan tauladan hidup...

saya tidak pernah tidur semasa kelas sejarah (kalau tak silap)..malah bersemangat belajar dan bersungguh menjawab kertas sejarah...

perkaiatan yang ingin saya sampaikan ialah
pertama: sirah nabawiyah..atau sejarah Islam..
bagaimana sebuah masyarakat Arab Yang berada dalam jahiliah akhirnya berjaya menguasai ROm dan Parsi yang merupakan kuasa besar pada zaman tersebut...

pernah anda berfikir...

dalam masa yang singkat masyarakat arab ini mampu menguasai sebahagian besar dunia...

bagaimana pula dengan pembukaan kota melaka oleh parameswara...
dan akhrnya melaka menjadi pusat tumpuan perniagaan dan tempat menimba ilmu...
sekiranya anda pernah ke melaka anda sendiri melihat bagaimana negeri sekangkang kera itu mampu menjadi sebuah perlabuhan yang masyhur...

jawapan nya satu sahaja

pak arab dan pak melayu ini berjaya menjadi segemilang itu kerana mereka berpegang pada satu akidah yang sama...

iaitu Islam...
arab jahilyyah akhirnya menjadi bangsa yang hebat apabila hadirnya seorang Rasulullah saw diutuskan kepada mereka

dalam buku penulisan ustaz pahrol Muhammd juoi ada mengatakan:" seorang kristian mengatakan merka maju kerana mereka meninggalkan agama mereka tetapi Islam mundur kerana mereka meninggalkan agama mereka"

"Islam sebuah agama yang hidup tetapi penganutnya mati, kristian sebuah agama yang mati tetapi penganutnya hidup"

fikir-fikirkan lah wahai anak bangsa...

No comments: