Monday, March 16, 2009

aku "homesick"...tadi aku call kakak, dia kata bestfriend aku nak kahwin 20 mac ni..

Assalamualaikum wbt....
sejak tertekan dengan kerja-kerja yang menuntut aku untuk melakukan kerja lebih masa...

tadi baru je call kakak...rindunya kat dia..
aku selalu pergi rumah kakak aku naik basikal je...
sangat seronok...
antara ramai-ramai orang kat kampung aku, aku je antara gadis yang menggunakan basikal..

huhu agak lasak juga la sebab aku pergi terbang bersama-sama basikal..
berlaku kemalangan di selekoh sebab dok kejar abang aku yang naik motosikal...
haha kenangan yang agak manis..
ditempat yang sama, kakak aku pernah kemalangan kereta..
adik aku kemalangan motosikal..
dan aku kemalangan basikal..
nasib baik tak ape2...
lasak sungguh anak perempuan bongsu mak aku ni..

pasal kakak aku ni...i think she is the best sister in the world...
aku sayang anak-anak dia macam anak-anak aku sendiri (erk..boleh macam tu..)
aku selalu pergi uamh dia..terus je masuk dapur...
buka peti sejuk...
amik pinggan terus dok kat meja makan...
ape lagi balun la apa yang ada..
hahaha..
tanpa dijemput dan disuruh..
dia tak pernah marah sebab dia tahu aku takkan buat jahanam..
lagipun dulu aku la tukang jaga anak-anak dia kalau aku balik kampung...
so dia boleh fokus dengan menjahit tanpa gangguan...

seperkara lagi aku perhatikan kakak aku ni..
walau sibuk mana pun dia..dia tetap akan kata "ya" kat mak dan bapa aku kalau diorang nak mintak tolong apa-apa...
jadi aku kena contohi yang itu...

apapun aku lebih seronok berbasikal daripada menggunakan kenderaan bermotor..

hmmm pasal kawan aku nak kahwin pulak..

umo dia baru 22 tahun..sebaya dengan aku..
tak silap aku bakal suami dia muda dari dia..
ha ni la hamilia @ emi..dah nak jadi isteri orang pun

ni pun kakak aku bgtau masa aku call tadi...
diorang tanya aku balik ke tak..
sorry my dear...sik dapat balit la..
nyalah kitak pa polah time kmk cuti sey..hehe

apapun emi..selamat pengantin baru..
lepas tok sik dapat la kita ngelayo sama-sama gik ooo

suami dia pun orang sarawak jugak..
so far ok la tu kan...
hari tu ada bapa aku ada bgtau..dia suruh aku cari orang sarawak jugak...
haha...
kalau sangkut orang kat UPSI ni macam mane..

insyaALLAH aku kan ikut kata bapa aku...selagi terdaya (cam pelik je ayat ni..)
redha ibu bapa penting kalau nak hidup bahagiakan..
jadi ikut la kata mereka..lagpun bapa aku bgtau dia nak aku juga jaga diorang nanti..
harapan tu...
insyaALLAh selagi aku diberi peluang untuk hidup..
aku akan jaga mereka seperti mak aku jaga nenek aku dulu...
nenek aku duduk rumah kami saat-saat akhir dalam hidup dia walaupun di berkeras nak dok umah dia sendiri..
mula-mulanya dia tak nak duduk rumah kami..
but then bila dah di pujuk jadi dia pun tinggal dengan kami..
masa dia tinggal uamh dia sendiri, hari-hari kami pergi umah dia..masa tu sekolah rendah lagi..
jadi masih ada kat kmpungla..
mak aku jaga nenek aku macam baby...
suma mak aku buat...
dari jaga makan sampai basuh berak dia...
nenek aku dah tak boleh bangun...
dia boleh duduk je...
aku tak pernah tolong mak aku basuh...
sebab aku kecik lagi..aku tolong bagi nenek aku makan...
sembang dengan dia...
duduk dengan dia...
kami ada minat yang sama iaitu...sukakan kucing...

dia sangat suka kucing...
rindunyer kat nenek aku..
dia tak sempat tengok aku dah besar ni...

tapi apa yang penting kat sini ialah pengorbanan "anak kepada ibu"
apa yang mak aku buat kat nenek aku cukup sebagai pengajaran untuk aku...
walaupun mak aku tak belajar tinggi sampai universiti..
tapi dia sanggup jaga nenek aku..
mak aku macam aku juga..anak perempuan paling bongsu..ade sorang adik lelaki je...

dia ada kakak-kakak tapi dia macam kakak walaupun dia sebenarnya adik..
paham tak...??
sekarang ni bila nenek aku dahtak ada...
mak aku jaga kakak sulung dia (mak we=mak long) aku macam dia jaga nenek aku dulu...
tapi kami tak duduk serumah...
mak we aku tu dah macam mak aku yang kedua..
kalau ade masalah kadang-kadang aku datang rumah mak we aku borak dengan dia..

termasuk masalah dengan lelaki..
kalau aku ada suka kat sapa-sapa aku cerita kat dia...
tapi dengan mak, bapa or kakak aku , aku tak bgtau pun hehe..
nanti kene bebel...malas nak dengar..
hehe..
jauhnya melalut..balik cerita kawan aku tadi..
emi..ha ni ada gambar kami bersama

ni aku dan emi...hehe lasak sikit kat kampung...ni kat tepi sungai...ada tiga buah basikal..satu sorang ler..kwn aku sorang lagi tgh amik gambar ni...hari la kami puas pusing kampung naik basikal...lepas ni tak de dah kan emi kan..tinggal aku dan farezah.

lepas ni tinggal farezah sorang pula..aku pun nak ikut jejak langkah emi...haha
tengok-tengok farezah dulu kahwin dari aku
tinggallah aku sorang-sorang....apapun...jika hari itu datang aku akan umumkan disini..
dan semua akan dijemput InsyaALLAH..


polis sesat kat rumah aku...aik main sembunyi-sembunyi pulak dah

hari tu aku bawak uniform aku balik...saje je memberatkan muatan dalam beg aku sebab nak amik gambar guna uniform kt rumah..
mengada je kan hehe

ni wajah baru rumah aku..
dulu rumah aku rumah kayu je...
then mak n bapa aku usahakan untuk ini..(dalam gambar di atas)

jadi ni la tempat aku lepak hari-hari kat umah..depan tv...
kat dalam almari tu ada buku..
sapa nak pinjam boleh datang rumah aku..

hmm ha ni pasal adik aku pulak...
asik kesayangan ni
eda sebagai juru kamera..gambar adik akku kat bawah ni dia yang ambil

ni la adik kesayangan aku..haha aku selalu cakap kat kakak aku..."oo kak, ne adik kesayangan tek ne?"

ni gambar masa kitorg nak pergi hantar di ke kem PLKN...
mesti dia tak sangka gambar dia dipromote kat blog aku hahaha...
nasib ko la..

penah hari tu kami gaduh kat dapur...
dia amik mee aku, then aku pun apa lagi pegi la buat serangan mulut kat dapur...
dia amik mee kat dapur tu terus masuk dalam singki...
aku pun marah.." ko ni ingat ko anak orang kaya ke bla..bla..."
aku pun pergi angkat balik mee tu..tak kotor pun..lain la kalau dalam singki korang banyak sampah dan pinggan yang tak basuh...

aku amik then aku masak kan semula..
mee tu sebenarnya = sebungkus mee sedap je...( itu pun nak gaduh ke..haiya..)
hahaha aku pun pelik...pasal mee sedap pun gaduh kan..
sehari tak bertego..
esoknya baru bertego..tu pun masih dok mengungkit pasal mee sedap tu..

hmm kalau kat rumah aku, adik aku ni rapat dengan 3 orang je..yang lain tu biasa2 je la..
dengan mak aku, kakak aku yang dalam gambar atas tu (aku ada 3 orang kakak) dan aku..
kalau mak n kakak aku tak de kat rumah, aku lah jadi mangsa tempat dia minta duit walaupun aku ni pun tak berduit..
dia tetap tengok muka aku cop duit..( erk..)
tapi aku tetap bagi walaupun mulut pot petpot pet..haha

okla itu je kot..banyak dah aku cerita ni...
ni baru tiga orang...
mak, kakak no2, dan adik aku..

aku ada 3 abang, dan 2 kakak lagi yang tak masuk dalam cerita aku ni..
rumah aku ni banyak ragam..

len kali kita cerita lagi ye...

No comments: