Sunday, March 1, 2009

Buah Hati Pengarang Jantung Ibu...sayang korang


Assalamualaikum wbt...

lambatnya nak upload gambar-gambar ni..
aku masih kat umah member ni..baru je lepas discussion tadi so lepas habis discussion aku layan internet ni la...

nak post benda-benda baru...
seronok juga..tapi kawan aku kata orang-orang yang tension ni
biasanya ada blog
jadi dia suruh aku fikir balik la...
jawab sendiri sama ada aku ni dalam golongan tension ke tak...

jawapan aku kita ni dalam hidup memang akan tension..bila kita tension kita akan berasa tertekan..then bila kita rasa tertekan kita akan mencari medium untuk melepaskan tekanan itu...

akhirnya kita kita akan kembali kepada Allah untuk mengubat hati kita yang tertekan itu..betul tak kawan-kawan...

walau kuat mana pun kita...
walau pandai mana pun kita...
walau kaya mana pun kita....

di akhir perjalanan hidup kita ni, kita akan kembali kepada ALLAH kan...

jadi jika mempunyai blog ni di niatkan kerana Allah dan kita menyampaikan kebaikan melaluinya jadi ia dah dikira ibadah kan...

setiap orang yang mendapat kebaikan daripada apa yang kita tulis kat blog ini memberikan kita pahala...

apa salahnya kita mempunyai blog....
asalkan betul pada niatnya dan isi kandungannya berguna..
tak jadi masalah kan...

No comments: