Saturday, November 7, 2009

Masihkah ada esok untuk kita

Assalamualaikum wbt.

Saya masih dalam *mood* peperiksaan akhir tahun.

Tinggal satu subjek sahaja lagi, kemudian saya perlu menyiapkan tesis tahun akhir saya. Selepas itu saya akan menghadiri taklimat praktikum.

Alhamdulillah.

Saya sampai ke saat akhir sebelum menamatkan pengajian di kampus dan kemudian menjalankan praktikum selama 4 bulan di SMK Seri Sepang, Sepang.

Itu kehidupan akademik saya di UPSI.

Namun yang lebih penting ialah, kehidupan saya sebagai seorang Islam di mana sahaja saya berada.

Ya Allahurabbi,
Dengarlah tangisan dalam hati ku
Hambamu yang hina ini
Terima lah taubatku

Hambamu yg byk mbuat salah ini.
Ampunilah dosa2 ku
Engkaulah yg Maha Pengasih
Maha Penyayang
Maha Pengampun

Ya Allah
Terimalah taubat
Deritaku kerana dosa ku
Dengarlah pengaduanku
Terimalah jangan kecewakan pemintaan

Deritaku dengan dosa dan noda
Di atas perbuatan ku yg telah tlanjur
Aku memohon dgn rahmatMu Tuhan
Ampunkan dosa2 ku

Aku memgadu pada Mu Tuhan
Engkau adalah tmpat mengadu
tiada siapa dapat mengampun
kecuali Engkau wahai Tuhan

Ya Allah
Aku telah menyesal di atas perbuatan ku
Terimalah taubatku pimpinlah aku
Ku telah derita aku telah terseksa


Aku memgadu pada Mu Tuhan
Engkau adalah tmpat mengadu
tiada siapa dapat mengampun
kecuali Engkau wahai Tuhan

**************************************************************************

Tiada kata terucap.

Tiada bicara terungkap.

Coretan luahan hati.

Dan pengaduan kepada Tuhan, Allahurabbi.

Daripada Nya kita datang kepada Nya kita kembali.

Ya Allah, kurniakan rahmat kepada ku, kurniakan hidayah kepadakku.

Aku manusia lemah, aku mohon bantuanMu dalam setiap perkara yang aku lakukan.

No comments: