Friday, February 5, 2010

Transit ke alam baru: bermulanya sebuah perjuangan

Syukur Alhamdulillah.

Sudah seminggu saya bergelar GURU PELATIH. 2 minggu pertama kami hanya menjalankan ROS.

Alhamdulillah. Satu permulaan menukar rutin kehidupan. Jika dulu saya akan datang ke kelas untuk menadah ilmu dari guru dan pensyarah tapi hari ini posisi saya bukan duduk menadah ilmu tapi menjadi insan yang memberikan ilmu.

Kimia tingkatan 4 dan sains tingkatan 4 telah dipertanggungjawabkan kepada saya. Anak didik berbilang bangsa, melayu, cina dan india. Satu kehidupan yang telah diatur oleh Allah SWT.

Pelbagai halangan yang saya tempuhi pada peringkat pertama.

berhadapan dengan pelajar yang berbilang kaum cabarannya berbeza.

"kakak cikgu"

"budak form 5"

antara senario yang dialami cikgu-cikgu muda.

Dalam kesibukan menjadi pendidik, satu perkara yang harus dalam diri setiap mereka yang sayangkan Islam.

Ini medan JIHAD kita. Kita selalu bercakap mengenai jihad tapi kali ini kita berada dalam jihad yang tiada penghujungnya...

Setiap hari tika kaki melangkah menuju ke sekolah, Dengan Nama Allah, aku bertawakal. Ini jihad mendidik anak bangsa dan jihad menegakkan Islam dalam diri generasi muda.

Allah permudahkan setiap perjalanan hamba-hamba-Nya yang sentiasa mengharapkan pertolonganNya.Kita tidak perlu takut atau gusar dengan ancaman-ancaman luar kerana Allah jua lah tempat kita bergantungharap.

Setiap kesukaran dan kesusahan yang kita alami itu adalah satu tarbiyyah dan ujian daripada Allah kepada hamba-hamba yang Allah sayangi.

Sesungguhnya hati ini adala milik Allah. begitu juga hati pelajar-pelajar kita. Maka mohonlah kepada Allah agar hati merekadipermudahkan dan dilembutkan untuk menerima tunjuk ajar dan didikan kita.

Tika mana kita merasakan kesusahan yang dialami itu adalah ketentuan Allah yang tidak sia-sia, hati kita akan lebih tenang dan kita mempunyai kekuatan yang luar biasa dalam menjalankan tugasan sebagai seorang pendidik yang sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar.

Ya Allah, Tuhan sekalian alam. kami memohon kekuatan agar kami kuat dalam mengharungi cabaran-cabaran yang semakin sukar dalam mendidik anak bangsa kami. Berikanlah kami kekuatan iman agar kami sentiasa berada dalam rahmat dan redha Mu dalam setiap perkara yang kami lakukan.

1 comment:

Anonymous said...

Salam
lama sik dgr kabar kitak tok..pa polah tek? uiii..jadi guru la ya..

all the best