Friday, April 3, 2009

mansuhkan PPSMI...apa kata anda?


4 Pelajar Saman Kerajaan Isu Sains, Matematik dalam BI

Oleh: AMIRUDDIN HARUN

KUALA LUMPUR 20 Jan. - Seorang pelajar sekolah rendah dan tiga pelajar sekolah menengah hari ini menyaman kerajaan berhubung pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Mereka menuntut perisytiharan mahkamah bahawa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran dalam Bahasa Inggeris itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saman pemula tersebut difailkan oleh Mohammad Syawwaal Mohammad Nizar, 10; Mohammad Fadzil Nor Mohd. Rosni, 15; Nur Najihah Muhaimin, 15; dan Syazaira Arham Yahya Ariff, 16, melalui bapa masing-masing.

Dalam saman tersebut, mereka menuntut perisytiharan bahawa Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 11/2002 bertarikh 27 November 2002 adalah tidak berperlembagaan, tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan.

Pelaksanaan dua mata pelajaran itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam mulai tahun 2003.

Mereka turut menuntut perisytiharan yang sama terhadap Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 12/2002 untuk SJK Cina.

Mereka yang menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan juga menuntut perisytiharan bahawa defendan tidak mempunyai kuasa dan budi bicara untuk memperkenal, menguatkuasa dan melaksanakan dasar yang dinyatakan dalam Pekeliling 11 dan 12 tersebut.

Di samping itu, mereka menuntut perintah mengarahkan defendan supaya menukar semula dasar tersebut menurut kehendak dan peruntukan perlembagaan serta undang-undang bertulis.

Tindakan saman ini diambil dengan alasan antara lainnya ialah pelaksanaannya dibuat tanpa mengambil kira peruntukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan (iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967 serta Akta Pendidikan 1996.

Mereka juga mendakwa wujud diskriminasi apabila terdapat perbezaan peruntukan tempoh masa dalam seminggu bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan antara SK dan SJK Tamil dengan SJK Cina serta antara pelajar di kawasan bandar dengan pelajar luar bandar.

Saman itu dikemukakan oleh mereka selaku plaintif pertama hingga keempat melalui bapa masing-masing iaitu [b]Mohammad Nizar Jamaluddin[/b], Mohd. Rosni Abu Bakar, Muhaimin Sulam dan Mejar (B) Yahya Ariff Kamaruzzaman.

[b]Mohammad Nizar, seorang jurutera dan Yahya, bekas pegawai tentera bersama beberapa ahli parti Pas termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, [/b]Idris Ahmad turut hadir semasa saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini.

Afidavit Mohammad Nizar, 49, yang difailkan bagi menyokong saman berkenaan menyatakan bahawa anaknya, Syawwaal merupakan pelajar tahun empat di SK Batu Tiga, Temoh, Perak.

Mohammad Fadzil Nor dan Nur Najihah masing-masing pelajar tingkatan tiga di SMK Tok Muda Abd. Aziz dan SMK Seri Perak manakala Syazaira pelajar tingkatan empat di Madrasah Idrissiah, Bukit Chandan, Perak.

Dia mendakwa plaintif-plaintif telah dipaksa belajar dan diajar bagi kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris tanpa kerelaannya sebagai bapa dan bapa-bapa pihak plaintif lain.

1 comment:

Saya mahu kurus said...

ye2 la tuh bdk2 pndai g plak saman menyaman ni..tu dh diperguna..tu semua dakyah org politik...