Friday, April 3, 2009

Mendepani isu PPSMI

ALHAMDULLILAH

27 Mac 2009, akhirnya saya dan warga Biro Akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09 dengan kerjasama persatuan mahasiswa sains berjaya menganjurkan forum PPSMI : Satu Inovasi dan Konfrontasi dalam dunia pendidikan. Syukur.

Rentetan penganjurannya menimbulkan polemik yang sukar saya terjemahkan. Hampir sahaja dibatalkan sehari sebelum berlangsungnya forum tersebut. Namun, berkat doa dan usaha serta hasil perbincangan damai dengan pihak-pihak yang berkenaan ianya mampu juga untuk diteruskan. Jujurnya, saya mensasarkan seharusnya UPSI merupakan universiti yang seharusnya menjuarai isu-isu pendidikan negara dan keterbukaan dalam penganjuran forum-forum akademik seharusnya diberi keutamaan. Cubaan pertama saya berjaya, namun saya tidak mampu untuk gambarkan bagaimana untuk seterusnya.

sdc106923

Pertamanya, terima kasih kepada unit aduan Biro akademik & Kerjaya MPP UPSI 08/09 diketuai oleh saudara Omar, terhadap pengurusan forum kali pertama yang menyentuh aspek pendidikan dalam negara. Ambillah pengajaran dan pengalaman yang berguna dalam pengendalian forum ini.

Alhamdullilah, sambutan mahasiswa/i juga amat memberansangkan biarpun masing-masing punya kuliah pada waktu tersebut. Saya mengharapkan kupasan yang diberikan oleh panel mampu untuk membuka dan memberi ruang untuk kita selaku mahasiswa/i berfikir dengan dengan rasional sesuai dengan status bakal guru kelak. Pada awalnya saya telah menghubungi yayasan perdana untuk menjemput tun mahathir sendiri namun beliau punya agenda lain yang perlu direncanakan malah telah berusaha mendapatkan panel daripada pensyarah-pensyarah yang menyokong ppsmi ini. Disebabkan beberapa masalah, mereka menarik diri. Namun, ianya tidak membatalkan rancangan saya dan rakan-rakan untuk meneruskan forum.

sdc10667

Semoga penganjuran forum kali ini, memberi momentum baru kepada suasana di UPSI dalam melahirkan mahasiswa/i yang sentiasa celik dan cakna isu semasa.

Bersesuaian dengan tema penganjuran forum ppsmi, saya petik kata-kata prof diraja ungku aziz

“Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar..”


sumber: http://guruohguru.wordpress.com

1 comment:

Anonymous said...

Dengan penuh rasa rendah diri, untuk masa depan kita semua, rasanya better PPSMI diteruskan...

Ini my personal opinion, terpulang untuk terima atau tidak terima...

Agama Islam takkan diajar dalam English. Bahasa Melayu juga takkan diajar dalam English. Cuma Sains dan Maths yg akan diajar dalam English.

Kalau sedari awal lagi dah dedahkan dengan English, pelajaran takkan jadi susah. Cikgu2 kena usaha lebih sikit untuk tajamkan penguasaan bahasa Inggeris.

Ni untuk anak2 bangsa kita.

Di USM, berapa ramai yg hafal jalan kira soalan-soalan past year Math & Sains sebab tak faham rujukan dalam buku teks.

Buku-buku teks (Serway, Calculus) semuanya dalam heavy English. Kalau dari awal belajar istilah dalam English, takkan jadi macam ni...

Kita tak boleh selamanya duduk dalam ruang selesa, kena hadapi realiti.