Sunday, April 29, 2012

Alhamdulillah. Masih punya hati.



Masih punya iman.

masih punya Islam.

Terbayang-bayang wajah Sheikh Nurruddin Al Banjari. Walau sudah bertahun berlalu, kira-kira 2008 atau 2009 saya hadir ke majlis ilmu beliau. Suaranya juga masih terngiang-ngiang.

Banyak yang berlaku kebelakangan ini.

Buat hati ini sentiasa menangis.

Syukur Allah sediakan sahabat yang cukup memahami.

Membawa hati kepada Cinta kepada Ilahi dan kekasih agung.

Muhammad Saw.

Siapa tidak kenal Baginda adalah orang paling rugi.

Mengenangkan dirinya sahaja buat kita bahagia.

Mengenangkan kisah akhlaknya buat kita berlembut hati.

Mengenangkan peribadinya buat kita rendah diri.

Tinggi akhlaknya santun pekertinya terlalu sempurna. Tidak mampu kita tandingi tetapi mampu kita ikuti dan jadikan contoh.

Saya masih mahu terbang dari sini. terbang mencari cahaya yang hakiki.

Berlari dan tidak akan berhenti.

Bercinta sampai mati untuk bertemu Ilahi.

Ya Allah, jangan Engkau tinggalkan kami sendirian dalam menguruskan kehidupan kami.

♥ Allahumma Sholli 'ala Sayyidina Muhammad ♥

No comments: