Thursday, September 16, 2010

Andai cinta bukan milik kita



ramai org2 yg lebih hebat dari kita pun ada yg ketiadaan cinta manusia...

Kisah 1:
Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya…

Bukan sebagai kekasih..tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci..pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.
Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah…

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah ..”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.
Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”
Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.
“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”
Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 2:

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja. Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…
Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta.. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu…

Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu.

Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya….

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa…. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu…

Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”

Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 3:

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu..

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah.. 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama….

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal.

Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Cinta memang tak harus memiliki…

Kisah 4:

Lelaki ini adalah Khalifah ke empat, setelah Usman bin Affan…
Dia memandang seorang budak perempuan. Di pelataran rumah seorang sahabatnya…
‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu…
Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu ….Thalhah..

Thalhah lah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..
“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya.

Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit..
“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”
(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya putri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.
‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Cinta memang tak harus memiliki…

Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb

Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!!

Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita…..

Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka..

Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik..
Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu…..

sEeKeRz sToRy: Cinta Tak Seharusnya Memiliki
deonenonly2906.blogspot.com

Tuesday, September 14, 2010

Nasib Si Gadis

Friday, September 10, 2010

Cuti hanya pada 1, 2 dan 3 Syawal sahaja.

Syawal 1431H....

Cuti hanya pada Jumaat, Sabtu dan ahad.

30 Ramadhan masih berada di ofis.

4 Syawal dah kena masuk ofis balik.

Umur dah meningkat.

Tanggjawab semakin banyak.

Kena korbankan masa.

Pelajaran Syawal tahun ni, saya dah tak raya macam dulu lagi.

Bila dah bekerja, suasana tak sama seperti semasa kita masih belajar dahulu.

:)

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI.

Semoga bertemu di Ramadhan 1432H nanti.

InsyaAllah

Friday, September 3, 2010

Layakkah kita memohon kepada Allah dan berbicara mengenai Allah

Allah.

Allah.

Allah.

Layakkah kita memohon kepada Allah.

Jawapan saya ya.

Malah kita memang sentiasa digalakkan untuk berdoa dari semasa ke semasa. Setiap detik kita perlu berdoa. Tidak kira di mana jua kita berada.

Sebahagian mereka berkata (berdoa): "Wahai Tuhan kami ! kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kamia daripada azab neraka" (alBaqarah:201)

Ini doa dari surah Albaqarah. Malah setiap surah dalam Alquran adalah doa.

Kita memang diminta untuk berdoa. Berdoa kerana itu menunjukkan salah satu penghambaan diri kita kepada Allah.

Tidak kira semasa senang atau pun susah.

Masa senggang atau masa terdesak.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Al Ahzab: 21)

Kita digalakkan berdoa semasa susah dan senang.

Manusia mudah lupa apabila diuji dengan kesenangan. Mula mencanang kesenangannya adalah hasil usahanya tanpa merasakan adanya Allah yang mengurniakannya rezeki.

Manusia mudah ingat bila diuji dengan kesusahan atau kesengsaraan. Mereka akan mula mendekati Allah. sepanjang masa mengharapkan Allah mengurniakan "sesuatu" yang berharga buat mereka. Jika diuji dengan kesusahan dan keadaan terdesak pun masih tidak mahu berdoa kepada Allah, itu tandanya hati kita perlukan "cahaya" untuk meneranginya semula.

Saya bersyukur.

Sangat bersyukur.

Saya sentiasa dalam kesusahan. hati yang keluh kesah, jiwa yang sentiasa mencari.
Allah hadiahkan bermacam-macam anugerah kepada saya.

Sahabat-sahabat yang menjadi penenang jiwa, majlis-mjlis ilmu yang menghidupkan hati, membuatkan sentiasa berfikir mengenai siapa kita di dunia, membuka minda untuk terus memacu kecemerlangan generasi baru, dan banyak lagi.

Nikmat Allah yang mana kamu dustakan.

Terlalu banyak nikmat Allah.

Jadi sentiasalah berbicara mengenai Allah.

Sentiasa menyatakan Allah itu yang patut diagung-agungkan.

Setiap perkara itu pasti ada hikmahnya.

**Peringatan buat diri saya sendiri dan kita semua*** Wallahualam...

Menambat hati Pencipta atau Putera/i

Bismilahirahmanirahim...

Assalamualaikum wbt..

Bagaimana Ramadhan anda pada hari ini?

Mari kita berbicara tentang hati.

Menambat hati Pencipta atau sang putera/i idaman.

Allahurabbi.

Kadang kala kita terlupa perkara ini.

Niat memang menambat hati Pencipta tapi "terniat" untuk menmbat hati si "dia".

Lantas kebaikan dan kebajikan dilakukan kerana si "dia" bukan lagi Pencipta tanpa disedari.

Hati mula bingung bila semua perkara serba tak kena, rupanya niat sudah melencong.

Mari muhasabah kembali hati kita.

Niat kita untuk apa?

Apakah untuk menambat hati manusia?

Sampai bila?

Percayalah, sekiranya anda berniat untuk memuaskan hati manusia.

Anda tidak akan berjaya sampai bila-bila.

Orang akan terus mengata.

Anda pun tak senang telinga.

Buatlah kerana Allah.

Itu yang terbaik.

peringatan buat saya sendiri.

Tetapkan azam dan terus memacu kegemilangan

Semangat baru.

Cita-cita baru.

Tetapkan azam.

Semoga Islam terus gemilang.