Thursday, November 10, 2011

Halaqah Maya Dan Kelas Mengaji saya

Assalamualaikum wbt.

Apa itu Halaqah Maya?


Alhamdulillah, atas usaha Akhi Syihabudin Ahmad untuk mewujudkan Halaqah Maya sebagai alternatif untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Dan sebagai wadah menyebarkan Ilmu dan perkongsian isu semasa.

Antara tenaga-tenaga yang turut menyumbang:





Ukhti Fairuz Liyana

Ukhti Nur Fadhlin

dan ahli-ahli Halaqah Maya yang lain, sila ke facebook Halaqah Maya di sini.

Remaja dan media massa.

Masyarakat dan internet.

Ummah dan perkembangan ilmu dan isu semasa.

Dan untuk perkembangan semasa, kami di pihak muslimat menjemput mana-mana individu yang ingin menyumbang dan berkongsi ilmu dengan kami untuk sama-sama membangunkan diri.

Dan, buat masa ini kami menjemput mana-mana individu yang dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu tajwid dan tafsir.

Boleh lihat maklumat disini. "MISI MENCARI USTAZAH"

InsyaAllah kita akan berhubung melalui SKYPE. bgai yang belum ada,boleh memuat turun perisian skype di sini. DOWNLOAD SKYPE.

Ini pengajian Al Quran saya secara berguru. Alhamdulillah

Ini gambar mengaji kami. Malam ini hanya 4 Muslimin yang hadir ditambah dengan ustaz dan seorang ajk pusat ini, jadi 6 Muslimin, dan 8 Muslimat. Ini kelas mengaji secara berkala yang saya hadiri setiap malam Isnin dan selasa dari pukul 830 - 930 malam, Kadang-kadang sehingga pukul 1000 malam mengikut keadaan.



Ada beberapa siri lagi kelas Alquran ini.

Setiap hari: Isnin-Khamis ada kelas Alquran di Masjid bahagian Sri Aman antara pukul 2.30-4.30 petang

Pada hari Isnin-Rabu: kelas di Surau Al-Amin pada pukul 5.30-630 petang, solat Maghrib dan kemudian anak-anak ini akan dijemput oleh ibu bapa masing-masing.

kedua-dua kelas ini memfokuskan kepada pelajar-pelajar sekolah.

Pada pukul 730-830 malam , setiap Isnin-Rabu juga kelas untuk pelajar-pelajar yang diadakan di Pejabat HIKMAH Sri Aman.

Dan kelas untuk dewasa adalah pada pukul 830-930 malam yang diadakan di Pejabat HIKMAH Sri Aman seperti gambar yang saya kepilkan.

Sebenarnya ada lagi slot-slot pengajian yang lain. InsyaAllah akan saya maklumkan kemudian.

Alhamdulillah, Sahabat-sahabat dirumah saya, Kak Ada, Kak Wan dan Yati (ini blog dia); semua mengikuti kelas ini dan kami akan bersama-sama untuk turun ke kelas kecuali Lily Yong sebab dia seorang sahaja chinese di rumah kami.

saya boleh katakan " Kami juga ke KULIAH" seperti pelajar universiti ^_^ kerana ini juga menuntut ilmu untuk universiti Akhirat. InsyaAllah.

Ok untuk maklumat lain, akan saya kemaskini nant insyaAllah.

Berikut ada beberapa gambaran kelas kami. sesiapa yang berminat boleh hubungi Pejabat Hikmah Sri Aman di talian 083- 325 060 atau berhubung di blog saya ini ^_^.



Ustaz menyemak bacaan.













Perbincangan para muslimah.














Perbincangan di dapur usai Majlis Ramah Tamah Aidil Adha.

Alhamdulillah, punya sahabat-sahabat yang sama-sama mencari redha Allah.

Mengabadikan Alquran, Kalam Allah supaya lancar pembacaannya dan mudah menghafalnya serta memahaminya.





Ini anak-anak murid di kelas Surau Al Amin semasa solat Maghrib, mendidik anak-anak supaya bersolat di awal usia. Alhamdulillah, satu persediaan yang Allah ajarkan kepada saya untuk menjadi ibu suatu hari nanti InsyaAllah.

Tuesday, November 8, 2011

"Nurul bila lagi?"

Biasa dengar soalan di atas?

Persoalan yang kerap diajukan kepada si teruna dan dara pada usia saya.

Ummi: Nurul bila lagi ni?

Nurul: InsyaAllah, mohon doanya ummi.

Kerja sudah ada.

Kereta pun sudah.

Rumah bakal ada hujung tahun ini.

Apa lagi ya?

Terus, apa itu penilaiannya jika mahu berumahtangga.

Mengapa tidak ditanya, cukup solat 5 waktunya?

Cukup puasa Ramadhannya?

Ada bangun qiamulai nya?

Ini yang patut dan harus ditanya.

Bagaimana agamanya?

Teman berkelana Cik Comel juga ditanya oleh ayahandanya.

"Apa sudah punya calon?"

Mengapa menyibukkan diri memikirkan si "dia" yang belum tahu siapa.

Mengapa tidak meningkatkan ilmu Alquran.

Sebolehnya menghafal Juzuk Ammar iaitu juzuk 30. InsyaAllah.

Mencukupkan solat 5 waktu sehari semalam.

Menambah amalam zikir dan solat sunat di subuh hari.

Mendidik diri agar bisa jadi ibu mithali dan solehah di mata suami.

terus memikirkan agenda untuk menangkis program-program dan pemikiran yang merosakkan anak bangsa.

Mari sama-sama kita kenalkan anak-anak generasi kita tentang Islam, tentang Iman, tentang Alquran, tentang Rasulullah saw.


Bukan mahu melawan fitrah lantas tidak mahu menikah, tapi aku serahkan semuanya kepada Allah, tiada perlunya bergantung kepada manusia.


~~~~Andai tiada cinta darinya, cukuplah aku punya CINTA dari ALLAH YANG MAHA ESA, Cinta yang tiada bertepi, cinta yang bisa bawa aku ke syurga~~~~


Allahurabbi, kurniakan cinta-Mu kepada kami.

Allahurabbi, Kurniakan rahmat-Mu kepada kami.

Genggam hati kami dalam cinta-Mu agar kami istiqamah di jalan dakwah ini.

Rindu pada teman maya saya, perkenalan melalui blog dan membawa pertemuan yang singkat, namun rindunya hingga sekarang.

Nur Khalillah Rasyidah, ya ukhti, semoga Allah merahmatimu dan sakit yang dialamimu mengampunkan dosa-dosa mu. Semoga Allah memeliharamu sahabat.



~Alhamdulillah, masih dipelihara iman dan islam oleh Allah~

Syukur Ya Allah. Nikmat mana yang kamu dustakan (Al-rahman)

Monday, November 7, 2011

Bawa hatiku kepada Allah..Sahabat Anugerah dari Allah


Alhamdulillah.

Sempat menziarahi Habib Muhammad di kediaman beliau di Jalan Champaka, kpg Gita.

Rindu dengan untaian mutiara kata dari beliau.

Rindu mahu mendengar kuliah subuh yang dihujani kata-kata azimat.

Rindu pada kitab-kitab yang saban pagi ditatap untuk jiwa yang perlukan makanan rohani.


Alhamdulillah, 10 Zulhijjah sempat bertandang ke sana bersama-sama sahabat-sahabat, Yati, kak Ada dan cik Comel hehe..

Kemudian menziarahi adinda Aisyah yang menjadi teman sepe"dating"an saban masa.

Rindu dengan perkongsian cinta dan rasa.

Rindu pada jiwa-jiwa yang sentiasa cintakan Rasulullah SAW dan sentiasa mengingatkan diri kepada Allah yang Maha Esa dan kekasih-Nya Muhammad SAW.

Sempat meneliti lengok tari lagu dari Haddad Alwi - Rindu Muhammadku.

Sempat merakam sedikit kenangan bersama Aisyah dan Raufa.

Sungguh rindu dengan angkatan "perang" kami di barisan HEWI Perkepis.

Sungguh rindu ini buat aku Cinta pada Rasulullah saw.

Rindu pada persahabatan yang dijalinkan kerana Allah.

Pertemuan kami yang pertama adalah pertemuan antara jiwa-jiwa yang mencari cinta Allah.

Dipertemukan dalam Usrah.

Rindu dan cinta kami disemi dengan rasa cinta dan rindu kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW.

Ya, kami bercinta sampai ke syurga.

Ya, kami ingin mendidik jiwa-jiwa ini agar menjadi ibu yang mampu melahirkan generasi ulul albab.

Generasi yang cintakan Alquran.

Generasi yang dibibirnya sentiasa mengalunkan Alquran dan menyelami isi kandungannya dengan jiwa.

Esok Jana Tawqa HEWI, "Sepetang bersama Kak Comel".

Sungguh hati saya juga hadir di sana buat kalian semua.

Jika Cinta ini membuatkan aku dekat pada Allah, akan ku genggam hingga sampai bila-bila dengan izin Allah

Jika cinta ini membuatkan aku rindu kepada Rasulullah saw, akan kupatri di jiwa buat bekalan kehidupan mendatang.


Yang pasti dan Yakin bahawa, semua nya adalah daripada Allah.

Yakin, semuanya dianugerahkan oleh Allah dan Allah berhak menarik semulanya dengan Dzat-Nya.

Yakin, Allah sentiasa memberikan terbaik buat kita.


Percayalah, Jika dia mencintai dan menyayangi kita, dia akan jaga kita dari api neraka.

Dia akan bantu kita untuk raih cinta Allah.

Dia akan hulurkan tangan untu menyelamatkan kita dari azab neraka.

Dia akan sentiasa dihati kita untuk mengingatkan tentang Tuhan.

Dia akan sentiasa menyatakan Allah dalam setiap bicaranya.

Dia akan sentiasa meletakkan Allah dalam setiap perkara yang dilakukannya.


Dalam perjalanan pulang, sempat berteka-teki dengan kak ada...

"antara suami-isteri siapa yang menyayangi, suami atau isteri?"

"Jawapan yang paling tepat ialah orang yang paling menyayangi ialah orang yang meletakkan Allah adalah Dzat yang paling disayangi"


Sahabat-sahabat mari kita kembali kepada Allah.

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Pegang Syahadah seperti Bilal bin Rabah melafazkan kalimah "Ahad" walaupun diseksa oleh tuannya.

Kerana di hatinya adalah CINTA kepada Allah.

Subhanallah.

Mari kita sorotkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita.

Sentiasa mendahulukan yang kanan dan menyayangi kanak-kanak.

InsyaAllah.

~~~Terus mencari dan terus mencari cinta abadi, biar hidup diberkati Ilahi~~~


Friday, November 4, 2011

Sirah: Keperibadian Rasulullah SAW terhadap pengemis yahudi yang buta

Kisah Rasulullah SAW bersama pengemis Yahudi yang buta

** Klik tajuk untuk ke blog yang asal

Di salah satu sudut pasar Madinah, terdapat seorang pengemis Yahudi buta yang tua. Setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya, maka ia akan berkata, "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".

Setiap pagi Rasulullah s.a.w. mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w. menyuap makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad.Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja." Apakah itu?" tanya Abu Bakar. "Setiap pagi
Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana." kata Aisyah.

Lantas keesokan harinya Abu Bakar pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapnya, si pengemis marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?" Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. "Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya. Setelah itu barulah ia berikan padaku dengan mulutnya sendiri." pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah
Muhammad Rasulullah s.a.w.

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar ia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian?selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya. Tetapi dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar.

Antara Solehah dan Anugerah S***n 2011

Setiap hari kita ada pilihan raya...

Memilih untuk Iman atau Nafsu

Memilih Syurga atau Neraka

Memilih Pahala atau Dosa

Memilih TV* atau TV Al Hijrah.

Memilih "SOLEHAH" atau "Anugerah S***n"

Maaf.

Saya perlu katakan ini.

Ini hakikat antara memilih untuk hadir ke rancangan SOLEHAH yang "free"

atau anugerah s***n yang berlansung pada hari yang sama.

Andai jiwa anda terdidik dengan didikan yang mendekatkan diri kepada Allah anda akan faham apa yang saya cuba sampaikan.

Jadi tanya iman...

Apa pilihannya...

tagline: Solehah, Go..go..go..

Tuesday, November 1, 2011

Mahu Terbang ke BUMI ANNBIYA

Mahu ke bumi anbiya.

Padang pasir yang meluas.

Angin yang meniup debu-debu berterbangan.

Moga dosa pun berterbangan seperti itu.

Wallahualam.