Monday, March 5, 2012

Apa aku masih diterima oleh Nya?


Who am i?

Apa aku masih diterima oleh Nya?

Lumpur dari LOPAK semalam

Melekit.

Kurang selesa atau lebih sesuai TIDAK SELESA dengan kewujudannya.

Andai Dosa itu berbau, pasti aku akan dipinggirkan oleh penduduk dunia kerana terlalu busuknya dosa-dosaku yang terlalu banyak.


Di mana bisa ku cari pengubat jiwa yang lara,

Di mana bisa ku cari pengubat hati yang duka,

Allahu rabbi, ampunkan aku Ya Allah.

Wednesday, February 8, 2012

Perkara 9 tahun yang lalu akan kembali

Aku mula terfikir.

Apa aku akan mengulangi perkara yang sama.

Iya, jiwa manusia, jika ada perkara yang tidak disukainya, mahu sahaja dibuangnya ke jendela.

Itu fitrahnya, mahu kembali kepada kebaikan.

SURAT untuk dia ~ Hafalan Juzuk 30

Alhamdulillah.

Punya rezeki untuk berguru dan melancarkan bacaan tilawah Al Quran.

Juga bisa mula menghafal juzuk 30.

Azam nya mahu menyudahkan hafalan juzuk 30.

ya baru sedikit hafalannya, orang lain sudah menghafaz beberapa juzuk malahan sudah jadi hafiz atau hafizah.

Cemburu sama orang yang berbuat baik lebih banyak itu perlu agar kita usahakan diri ini melakukan kebaikan yang banyak.

Merasakan diri berdosa juga perlu.

Agar jadi motivasi buat diri untuk berhenti melakukan dosa dan berbuat sebanyak-banyak kebaikan untuk mendapatkan pahal agar timbangan amal kelak, banyak nya pahala daripada dosa.

Jom mula menghafal ^_^ semoga ada barakahnya..insyaAllah

Aku Hanya Insan Biasa

Realitinya.
Bukan takut mencuba, tapi aku serba tiada.

Ada yang lebih layak, punya harta dan kerjaya,
hidup lebih terjamin, mampu buatmu bahagia.

Kau kata cukuplah yang beragama,
sayangnya agamaku juga di aras biasa.

Jika kau mahukan dengan kadar segera,
maaf, bukan aku orangnya.

Tak suka kau menunggu lama,
Bimbang akhirnya kau kecewa.

Bukan tidak usaha.
Cuma belum berjaya.

Tuesday, February 7, 2012

sunyi dalam keramaian

SUNYI

SEPI

SENYAP

Dalam satu keadaan, di sekeliling kita adalah sahabat.

Ramai.

Riuh rendah dengan gelak ketawa dan bercerita.

Kita juga ada di sana.

Namun kita merasa SUNYI.

Kesunyian yang teramat.

Jiwa seolah kerinduan tapi pada siapa.

Jiwa kekosongan entah mengapa.

Acap kali rintis-rintis membasahi jendela.

Turun ke pipi, akhirnya membasahi riba.

Berlegar di kepala, apa aku tidak layak di sini bersama kamu?

Kamu warga penghuni syurga, aku bagaimana? Tidak sanggup menghadapi neraka-Nya namun tidak layak ke syurga-Nya.

Ingin menapak sendirian, menumpang kasih Ilahi.

Namun masih tidak ketemu mana titik ikatan hati.

Kian waktu dicari, makin jauh ia pergi.

Mengundur diri buat seketika untuk memujuk hati.

bercinta dengan kekasih nan abadi.

Jua buat cinta ku yang hanya bersemadi di kotak putih.

Mahu menatap mereka semua kembali seperti dulu.

Rindu pada zaman "satu hari satu buku"

Mungkin kita akan bertemu lain kali.

Buat terakhir kali.

Maaf semua sekali.

Andai ada tersalah kata dan bicara.