Monday, January 11, 2010

saya kat upsi sekarang ni. 18 Jan akan melapor diri di SMK SERI SEPANG sebagai guru pelatih

Assalamualaikum wbt.

Seperti tajuk di atas. Saya berada di UPSI untuk 2 hari ini, menyelesaikan tugasan yang tertunggak sem lepas. Tugasannya...dirahsiakan :).

Berita yang saya terima daripada sahabat saya pagi ini:

AlFATIHAH buat arwah ustaz faizol (mantan JMK lat dan pembangunan sahsiah KUO) yang kembali ke rahmatullah pg ini (10 Jan 2010), terlibat dalam kemalangan di simpang 4 kuil berhampiran UPSI pg ini. Doakan ustaz fadhiri ynag cedera dan berada di wad sekarang.

Innalillah...semoga Allah merahmati keduanya.

18 Jan ini iaitu hari Isnin, saya akan kembali ke sekolah selepas 5 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. Tapi kali ini saya kembali bukan sebagai pelajar, tetapi sebagai Guru pelatih. Perasaan? bercampur baur. Rasa hendak menghabiskan praktikum secepat yang mungkin dan selepas itu mahu di"posting" secepat mungkin dan kemudiannya menajdi wanita berkerjaya. Tapi sebelum mendapat semua tu, pengorbanan sangatlah perlu. Belum masuk sekolah dah terasa beban tugas sebagai guru.

Ya Allah, permudahkanlah urusan ku..

No comments: