Friday, September 3, 2010

If you are looking for someone perfect...For sure, you are not looking for me...

Bismillahirahmanirahim...

I'm not perfect.

Yes, i admit it.

Tapi sampai bila...

sampai rumah kata pergi kubur kata mari...

We have to change...

Create something new...

We cannot just sit down and wait for other people to change us.

You.

Yes, you.

You are the only one, who can change yourself.

whether you will become better or worst.

The choice is in your hand.

******************************************************

Tak semestinya perlu pergi menyembah berhala di kuil atau tokong baru dikira menduakan Allah, cukuplah kalau setakat solat lalai sebab teringatkan buah hati.. Cukuplah kalau setakat rajin baca Quran sebab nak menambat hati manusia.. Cukuplah kalau setakat membuat kebaikan hanya untuk manusia... Itu semua menduakan ALLAH!


Kata-kata ini saya quote dari blog sahabat Coretan Fisabilillah

YA. sila fikir-fikirkan. Sejauh mana kita beribadah kerana Cinta kerana Allah.

Terkadang, saya terfikir. Apa nasib saya, di mana hala tuju saya, masih terawang-awang di dunia.

Petanya sudah terbentang, tapi kompas dan penunjuk jalan masih dalam bayangan.

Maaf buat sahabat-sahabat.

Saya masih banyak kekurangan.

Saya perlukan semua yang ada disekeliling saya untuk 1 tujuan.

1 Tujuan hidup semua yang bergelar makhluk.

Dan dengan tujuan itu, InsyaAllah, kita akan mampu berjaya dunia dan akhirat.

Walau manusia pandang hina dengan kejayaan kita, tapi sekiranya ia untuk agama, kamulah yang paling berjasa, Maka bergembiralah dengan kejayaan itu.

1 tujuan yang harus kita tekadkan dalam hati ialah "lillahi Taala"...

Buat segala-galanya kerana Allah.

Ya, kerana Allah.

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( surah adzariyat: 56)

Hidup kita ini hanya untuk satu tujuan.

Itulah tujuan kita dicipta.

Jom kita raikan saat-saat akhir ramadhan ini dengan pesta ibadah. Bukan berpesta di pasaraya untuk persiapan Hari raya.

Sebelum itu, maaf atas kesilapan atau terkasar bahasa.

Saya insan biasa, yang sentiasa mahukan satu perubahan ke arah kebaikan. Jika anda punya cara, kongsikan dengan saya.

Saya akan terus mengorak langkah. Jika perlu berkorban untuk raih cinta Allah, saya akan berkorban.

Sahabat-sahabat saya, saya perlukan andan semua.

Semoga hubungan sesama manusia meningkatkan kecintaan dan hubungan kita dengan Allah.

No comments: