Friday, August 12, 2011

MENGORAK LANGKAH KE ARAH KEDEWASAAN

DEWASA....

saya sudah di usia dewasa.

Dewasa dari segi fizikal barangkali. Namun emosinya masih keanak-anakan. Tidak mampu menaakul permasalahan lantas menjunam ke arah kecelakaan.

"aku sudah besar la"

Ayat yang sering kali terlintas di minda bila ada orang menegur kesilapan kita.

"sukati aku la nak buat apa"

merasakan bahawa hidup ini dia yang punya sedangkan hakikatnya setiap perkara memberikan kesan kepada semua orang yang ada disekelilingnya.

Apabila sudah "dewasa" maka permasalahan dia juga permasalahan "dewasa"

Semakin hari semakin mencengkam jiwa sehingga merasakan diri ini tidak layak berada di dunia. Setiap masa merasakan bahawa dunianya tersepit dan tersekat. Tiada matlamat untuk dicapai..

Setiap hari berlaku "PEPERANGAN" dalam diri.

Antara IMAN

CINTA

NAFSU

HARTA

dan sebagainya.

lalu bagaimana kita menghadapi dunia yang dikatakan "DEWASA' ini..

~~~~mari mencari solusi~~~

No comments: