Thursday, August 25, 2011

Perkampungan Generasi Khalifah 2011

Perjumpaan bersama rakan-rakan PERKEPIS.

Cukup menggamit hati.
Ukhwah yang terbina kuat terpatri
demi mendidik hati
agar sentiasa CINTA kan Ilahi.

Buat puteri-puteriku sayang

Siti Raufa Sufrina, Hartini Mardan, Siti Adibah Zulkefli, Siti Aisyah Mahdini, Dayang Nur Izzah Munirah, Nor Asyiekin Said, Nur Asyikin Salleh, Nadia Abdullah, Nur Kartika, Dayang Nuraida, Jasmin, Zakiah, Kak Hamizah, Kak Nur Hayati, Kak Siti Nurbaya, Dyg Fizan dan akhwat-akhwat yang lain

Syukran ya Ukhti atas ukhwah ini.

Buat "encik-encik" yang turut hadir,

Ahmad Syahmeer, Zamri, Khairul Anwar, Shidan, Nadzmi, Hiqmal, Khalid, Ahmad safiuddin, Haziq Roslan, Abdul Rahim, Azli Ramli, Azrul Jaini, Alif, Nu'aim dan Ikhwan-ikhwan yang lain.

Terima kasih atas hidangan sahur.

Syukur pada Allah dengan ukhwah ini.

Perkongsian HAMBA DAN KHALIFAH yang sentiasa diutarakan, memberi nafas baru.

Memaknai sebuah kehidupan. Kata-kata dari Prof Dr Muhaya, tidak kira apapun pangkat yang kita ada, diakhirnya kita akan kembali kepada Allah dan hanya amalan-amalan yang akan dikira. nama dan pangkat itu akan dipersoalkan kelak.

Mari memaknai sebuah kehidupan.

Tidak kira siapapun kita, kita perlu meletakkan diri sebagai hamba dan khalifah.

Seorang hamba akan melakukan sebaik yang mungkin arahan yang telah diberikan oleh TUHANnya.

Seorang Khalifah yang berjiwa hamba, akan melakukan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sehabis baik dan mengharapkan penghargaan dan keredhaan Allah semata-mata. Dengan itu dia akan menjalankan tugasan yang diberikan dengan melakukan yang terbaik.

Jika kita seorang doktor kita akan merawat pesakit sebaiknya,
Jika seorang guru, cuba sedaya upaya untuk mendidik anak murid.
Jika seorang Raja, memerintah dengan baik rakyatnya.

Tidak kira siapapun kita, walaupun seorang raja, mahupun seorang pemungut sampah,
Jika niatnya kerana Allah.
Jika tujuannya untuk redha Allah kita akan melakukan yang terbaik.

insyaAllah.

mari kita memaknai kehidupan dengan meletakkan Allah sebagai sandaran dan pengharapan.


No comments: