Friday, January 13, 2012

Surat untuk dia ~ Mencintai majlis ILMU

Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Assalamualaikum.

Tiba-tiba saya merasakan mahu menulis surat buat si dia.

Dia ~ bakal suami saya.

Walau siapa pun dia, saya mahu catatkan di sini, agar saya tidak terlupa dan boleh membaca kembali nanti.

Rutin saya, saya sangat menyintai majlis ilmu.

Saya gembira bila dapat menghadiri majlis ilmu.

Dan saya sentiasa mendoakan agar saya sentasa terpilih untuk ke majlis ilmu.

Dan dengan itu, saya suka jika suami saya juga begitu.

Sentiasa teruja untuk ke majlis ilmu.

Sentiasa bersemangat untuk mengangkat kejahilan diri.

Teringat pesan Guru, Habib Muhamad bin Alwi Al-attas, hadir ke majlis ilmu, walaupun tidak mendapat ilmu, sekurang-kurangnya kita tidak melakukan maksiat. Malahan kalau tertidur sekalipun, kita masih memperolehi pahala.

Dan seperkara lagi, Jika mahukan dunia dan akhirat, carilah ilmu.

Ya, ilmu.

Terus menjadi pencinta Ilmu,

Buat masa ini, saya punya sahabat-sahabat yang juga mencintai majlis ilmu. Yang menjadi teman di kala diri mahu ke sana ke mari.

Jadi bila tiba masanya saya berkeluarga sendiri, saya mahu teruskannya.

Mahu anak-anak dan keluarga saya mencintai ilmu.

Alhamdulillah. Ini siri 1 "surat untuk si dia"

Lepas ini mungkin ada lagi.

Dan jika mahu orang yang mencintai ilmu, kamu terlebih dahulu perlu mencintai ilmu. InsyaAllah.

JOM pergi majlis ilmu.



No comments: