Tuesday, May 22, 2012

Berbahagialah dengan nikmat yang Allah berikan



Nikmat kurniaan Allah. Dari kejauhan, dia setia menunggu tuannya sementaranya bersuka ria di tepi pantai.

Syukur alhamdulillah dikurniakan nikmat oleh Allah.
Punya dia bersama untuk berkejar-kejar mencari ilmu dan bekalan ke sana kelak.

Doa dia juga peneman ke taman-taman syurga dan istiqamah.

Hamba ini masih mencari dan dan terus mencari ilmu Allah yang sangat luas di bumi ini.

Hamba ini hanya orang hina dan tak punya apa-apa.

Hamba ini hanya menumpang disudut hati kalian untuk mencari taufik Allah agar istiqamah di jalan-Nya.

Hamba ini terlalu banyak silap dan dosa.

Hamba ini cuma mahukan Redha Allah selama-lama-Nya.

Hamba ini lebih suka kita bercinta di taman-taman syurga.

Hamba ini perlukan ubat untuk hatinya yang lara, punah kerana cinta dunia yang tiada penghujungnya.

Hamba ini perlukan teman ke majlis-majlis ilmu walau di mana sahaja ia diadakan.

Hamba ini penuh sisa kotor yang bisa mengelapkan hati, jadi hamba ini perlu terus mencari cahaya untuk menerangkannya.

Hamba ini hanya manusia biasa.

Tidak sehebat kalian semua.

Hamba ini punya Allah untuk segala-galanya.

Semoga ALlah bersama dalam setiap urusan kita dan setiap perkataan, perbuatan bahkan niat yang terlintas di hati kita adalah kerana Allah.

Mohon maaf atas salah dan silap.

Mohon halalkan segalanya.

Mohon kongsikan ilmu bersama.

Mohon doakan hati-hati kita sentiasa di jalan Allah.

Mohon sama-sama terus melangkah ke majlis ilmu dengan sedaya upaya kerana di situ taman-taman syurga.

saya sayang kalian semua kerana Allah. Jadi saya mahukan setiap niat, perkataan dan perlakuan kita diredhai Allah dan ANDAI RASULULLAH SAW bersama kita Baginda tersenyum melihat kita dan memberikan syafaat kepada kita.

Syukran ya akhi wa ukhti.


Semoga matahari itu terus bersinar dan menyebarkan cahaya ke serata alam ^_^




8888tidak8memandang8dan8tidak8dipandang88888

No comments: