Friday, May 4, 2012

Hikmah dan kasih sayang Allah.

Alhamdulillah.

Syukur.

Nikmat Allah dan Allah pujuk saya.

Terasa segan dan malu kerana Allah Maha Penyayang.

Buat saya ingin terus dekat pada-Nya dan berpegang terus pada tali-Nya.

Dulu pernah diduga sehingga ....ntah, sukar dicerita.
Tika itu, air mata peneman saya.
Meruntun hati.

Menguji jiwa yang lara.
Buat saya tertanya-tanya.

Solehah.

Iya mungkin itu yang dicita tapi usahanya jauh dari matlamat.

Solehah satu proses berterusan dan dalam mencapainya, berbagai mehnah dan ujian dilalui. Semua mahukannya. Dan Allah tunjukkan jalan ke arahnya kepada saya.

Seperkara lagi, mari menjadi hamba dan manusia yang bermanfaat dalam apa sahaja bidang yang kita usahakan.

Ayuh. Terus melangkah. Capai cita. Gapai cinta Ilahi.

Esok sama-sama kita ke Taman syurga di Masjid At Taqwa Kpg Gita, Matang.
Mahu ketemu sama teman-teman.
Allah berikan hadiah tidak ternilai harganya.
Diberi kekuatan untuk bangkit. Walau sudah jatuh berkali-kali.
Jangan putus asa.
Mahu cari redha.

Pegangan saya:

1. Jika dulu kita sanggup buat apa sahaja untuk puaskan nafsu kita, Jadi sekarang kita buat apa sahaja untuk gapai cinta Allah dan redha-Nya.

2. Jika syaitan tidak pernah putus asa membawa kita kepada neraka, Kenapa kita putus asa untuk ke syurga.

La Tahzan Innallaha wa maana. ^_^ saya nak senyum lagi.

No comments: