Tuesday, September 27, 2011

Mengemudi KAPAL di laut samudera.


"anak-anak kapal" : laung si kapten

"sir, yes sir" : sahut anak-anak kapal dengan gaya tabik. Kuat. Semangat. Dan tangkas perbuatannya.

"Naikkan sauh" : laung si kapten.

Anak-anak kapal menurut arahan tanpa sebarang bantahan, sauh dinaikkan menunjukkan sebuah perjalanan akan bermula.

Seorang kapten telah dilantik kerana ketokohan dan peribadinya. Jua kerana ketrampilan dan ilmunya. Dan yang pasti, dia dipilih oleh YANG MAHA PENCIPTA sebagai pemimpin dalam perjalanan ini.

Baru sahaja menamatkan pembacaan "Competition in 21st Century" dan meneruskan pengembaraan ke 22nd Century.

Banyak perkara yang perlu kita fikirkan untuk anak bangsa dan yang paling penting untuk kedaulatan agama tercinta ISLAM.

Mari kita tinjau dan dalami masalah yang kita hadapi pada hari ni dan masalah untuk 10 tahun yang akan datang.

Saya tertarik dengan Wawasan 2020 yang dirancang oleh Tun Mahathir pada 1991.

Beliau melihat Malaysia untuk 30 tahun yang akan datang dan kita dapat melihat hasil yang ada di hadapan kita pada hari ini.

Dan kita sebagai individu (warganegara Malaysia) kita seharusnya mempunyai satu keazaman dalam diri dengan meletakkan harapan dan apa yang kita ingin capai 10 tahun akan datang.

Sekarang kita berada di tahun 2011, cukup banyak perubahan yang kita lihat di sekeliling kita samaada secara fizikal mahupun mental.

Gagasan Wawasan 2020 telah menyenaraikan 9 cabaran yang perlu kita hadapi.

Wawasan 2020. klik pautan sini

Dalam mengharungi arus perdana ini, kita harus memikirkan apa yang akan berlaku 10 tahun yang akan datang dan menggariskan apa yang mahu kita capai pada masa tersebut.

Dalam masa yang sama, kita juga perlu menggariskan cabaran dan halangan yang akan kita hadapi untuk mencapai matlamat kita.

Untuk berada di pentas dunia ini, perlunya ada ilmu dan menjadi kemestian kepada kita untuk terus menuntut ilmu kerana Sesiapa yang mahukan dunia, dia perlukan ilmu. Sesiapa yang mahukan akhirat dia juga perlukan ilmu, dan jika kamu mahu kedua-duanya, kamu perlukan ilmu.

Mahu menongkah arus samudera, perlu ilmu dan bekalan yang cukup agar tidak hanyut dalam medan ini.

Jadilah kapten untuk diri kamu sendiri dan masyarakat sekitar kamu. Jadilah manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain.

Jadi sebagai kapten, tidak kirala di dalam kapal itu ada banduan yang ganas, seorang perempuan tua, tukang masak, askar, jurutera, arkitek, kanak-kanak, ibu mengandung, janda dan sebagainya, setiap mereka ada kelebihan sendiri yang boleh digilap agar perjalanan kita terus selamat dan mampu sampai ke destinasi yang dirancang. (adaptasi dari PERKAMPUNGAN GENERASI KHALIFAH ) (^_^)

No comments: