Saturday, September 20, 2008

Ada ApA Dengan ISLAM

sedikit bingkisan dari ceramah oleh Bo Lim Jooi Soon..

artikelnya akan disiapkan secepat mungkin..
dibawah ada sedikit latar belakang pnceramah..
nama beliau Lim Jooi Soon. merupakan bekas penganut agama buddha, dan kristian protestan.
kemudian ALLAH telah menganugerahkan cahaya keimanan kepada beliau..

nama beliau selepas memeluk Islam adalah Lim Jooi Soon yang bermaksud menuju kejayaan.
beliau terlibat dengan dialog perbandingan agama.

setelah memeluk Islam, beliau dapat rasakan perasaan bercampur baur.
yang pertamanya beliau bersyukur ke hadrat Ilahi atas anugerah iman dan hidayah.
kedua rasa takut dan risau terhadap saudara mara dan sahabat handai yang masih belum mendapat hidayah daripada ALLAH..
bagaimana dgn kita????

ketiganya perasaan marah, marah apabila umat Islam @ orang M___yu yang tidak mahu berkongsi isi yang disampaikan oleh ALquran.

Islam adalah agama fitrah yang akan membawa keluar kita dari kegelapan kepada cahaya.
tugas menyampaikan ini adalah tugas umat2 Islam yang ada di Malaysia.
sepertimana yang telah dilakukan Baginda Nabi Muhammad SAW ketika mula-mula menyampaikan Islam kepada penduduk Makkah yang rata-rata menyembah berhala dan berada dalam kejahilan.

setakat ini dahulu buat kali ini..

artikel seterusnya akan menyambung lebih terperinci dan memerlukan sedikit pembacaan untuk huraian yang lbih mantap(InsyaALLAH)

No comments: