Saturday, September 6, 2008

Warkah usang buat sang pejuang…

Warkah usang buat sang pejuang…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang..

Assalamualaikum pemula biacara, agar kau sentiasa dalam keadaan sejahtera hendaknya dan dalam lembayung rahmat ALLAH....

Tentu kau hairan bukan mengapa tiba-tiba sahaja warkah usang ini dilayangkan kepada kau. Aku pun tidak tahu mengapa hati ini meronta-ronta untuk meneruskan tarian tintaku agar warkah ini dapat disiapkan. Mungkin di saat ini aku dapat rasakan ada satu persamaan antara kita iaitu ”perjuangan”. Tentu kau faham erti perjuangan itu bukan. Iaitu amar makruf nahi mungkar. Melaksanakan kebaikan dan menegah kemungkaran. Aku juga tahu kau salah seorang daripada pejuang yang ingin agama Islam itu dimartabatkan dan disanjungi di seantero dunia.

Kehadiran aku ini hanya sekadar pengemis jalanan atau gagak hitam berbekalkan secebis sisa iman dalam mengharungi kehidupan yang penuh cabaran. Aku jua masih mencari dimana itu cahaya. Firman ALLAH swt dalam surah Al-’Asr ayat 1-3 yang bermaksud ”demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman danmengerjakan kebajikan serta menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”

Berdasarkan firman tersebut ku kira ini adalah nasihat dari seorang sahabat kerna kita hanya manusia biasa yang acapkali lupa dan alpa dalam permainan dunia yang hnya menjanjikan kebahagiaan sementara. Apabila aku lupa kau mengingatkan aku, dan seandainya engkau alpa aku berada dibelakang kau untuk menjadi pembantu.

Kau membantah peletakan jawatanku tempoh hari dan Kau menyuruhku meneliti firman ALLAH dalam surah Al-Maidah ayat 57 yang bermaksud ’ Wahai orang-orang beriman! Janganlah menjadikan pemimpinmu orang-orang yag menbuat agamamu jadi bahan ejekan atau permainan....”. Ku punya alasan yang mereka-mereka itu tidak paham. Mengapa perlu melantik seekor gagak hitam sedangkan kewujudan merpati putih itu diketepikan. Kerna ku tahu ada seorang yang lebih layak dari ku untuk berada ditempat tersebut. Namun kau juga perlu tahu, walau aku tiada di situ, aku masih bersam-sama kamu kerana perjuangan ini akan diteruskan jua.

Aku hanya manusia biasa yang bisa tersungkur di medan perjuangan lantaran keasyikan duniawi yang amat mencabar kewibawaan dan iman kita.

Di sini aku mahu kita sama-sama renung beberapa firman ALLAH. Ku kira kau punya pendapat sendiri mengenainya. Cukupla kali ini kiranya aku hanya menyatakan firman tersebut sehingga satu masa kau akan lebih memahami apa yang aku maksudkan. Sekadar satu renungan dan pedoman buat kita.

Surah AL-Isra ayat 32 yang bermaksud ” dan jangan lah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk”

Surah Al-Baqarah ayat 42 yang bermaksud ” dan jangan lah kamu mencampuradukan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu sedangkan kamu mengetahui”

Surah Al-Baqarah ayat 44 yang bermaksud ”mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri (kewajiapan) mu sendiri, padahal kamu membaca Al-kitab (taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?

Ini hanya sebagai perkongsian. Ku harap tiada dengki atau amarah kerna tujuan ku ialah untuk kita sama2 menasihati dan mengingati satu sama lain kepada kebaikan. Dan aku tidak mahu kehilangan pejuang-pejuang sepertimu.

”Aku tidak pernah membenci sesiapa tapi aku benci pada mungkar itu lantas mereka2 itu menjadi kebenciaku kerna kemungkarannya.”


No comments: