Sunday, September 7, 2008

Suatu pencarian...ALLAH Tuhanku..

Suatu pencarian...ALLAH Tuhanku..


Saudara-saudari yang dirahmati ALLAH sekalian..

Pernahkah anda mencari siapa “aku” dalam diri anda??


Ana ingin memetik sedikit pengisian dari program ESQ(emotional spiritual quotient) yang ana ikut.

Bagaimana Nabi-nabi terdahulu memulakan pencarian mencari siapa Tuhan mereka.


Sebelum mengulas lebih lanjut, ana terlebih dahulu ingin memberi definisi untuk spiritual quotient. Menurut Micheal Persinger (1990) dan Ramacandran (1997), spiritual quotient yang terletak di temporal lobe, yang mana mereka mengatakan bahawa disitulah otak memproses maklumat mengenai ketuhanan dan ia dinamakan sebagai ”God Spot”.


Manakala Wolf Singer (1990) mengatakan bahawa SQ ini adalah sebagai ”The Binding Problem” di mana manusia itu sentiasa berfikir siapa tuhan, siapa pencipta alam dan pentadbir alam ini. Banyak lagi pendapat-pendapat tokoh yang kita boleh baca dari buku-buku yang membincangkan mengenai SQ ini.


Berbalik kepada kisah pengembaraan Nabi tadi, ana ingin berkongsi serba sedikit penjelasan yang disampaikan oleh penceramah ESQ iaiti saudara Firdaus Djamari yang berasal dari Indonesia dan telah berkhidmat selama 2 tahun sebagai ESQ Trainer.


Kisah Nabi Ibrahim as disampaikan secara ringkas bagi pengisian pada malam tersebut. Dimana kisahnya bermula apabila Nabi Ibrahim as ingin mencari keyakinan terhadap Tuhan.


Pada malam hari nya, baginda melihat bintang, lalu mengatakan ”ini Tuhanku” malangnya bintang beransur-ansur hilang dan akhirnya lenyap. Setelah melihat keadaan ini, Baginda berkata lagi ”ini bukan Tuhanku”.


Seterusnya baginda melihat rembulan yang indah dan lembut pada pandangan mata. Haza Rabbi..Ini Tuhanku...

Malangnya rembulan pun beransur-ansur hilang dan kemudiannya lenyap..

Baginda pun berkata lagi ”ini bukan Tuhanku”


Pada siang harinya pula, baginda melihat matahari yang besar dan menyinari alam. Lalu baginda berkata...haza Rabbi..Ini Tuhanku...

Malangnya apabila hari beransur senja matahari mula tenggelam di ufuk dan akhirnya lenyap...


Baginda berkata..’ini bukan Tuhanku kerana ia tidak kekal abadi..”

”wahai kaumku aku lepaskan diriku dari kamu yang menyekutukan Tuhanmu.”

Ini serba sedikit yang disampaikan oleh penceramah tersebut yang ana mampu ulaskan disini.

Untuk lebih tepat, antum semua boleh merujuk kepada Surah Anam ayat 76-79.

$£Jn=sù £`y_ Ïmøn=tã ã@ø©9$# #uäu $Y6x.öqx. ( tA$s% #x»yd În1u ( !$£Jn=sù Ÿ@sùr& tA$s% Iw =Ïmé& šúüÎ=ÏùFy$# ÇÐÏÈ $£Jn=sù #uäu tyJs)ø9$# $ZîÎ$t/ tA$s% #x»yd În1u ( !$£Jn=sù Ÿ@sùr& tA$s% ûÈõs9 öN©9 ÎTÏöku În1u žúsðqà2V{ z`ÏB ÏQöqs)ø9$# tû,Îk!!$žÒ9$# ÇÐÐÈ $£Jn=sù #uäu }§ôJ¤±9$# ZpxîÎ$t/ tA$s% #x»yd În1u !#x»yd çŽt9ò2r& ( !$£Jn=sù ôMn=sùr& tA$s% ÉQöqs)»tƒ ÎoTÎ) ÖäüÌt/ $£JÏiB tbqä.ÎŽô³è@ ÇÐÑÈ ÎoTÎ) àMôg§_ur }Îgô_ur Ï%©#Ï9 tsÜsù ÅVºuq»yJ¡¡9$# šßöF{$#ur $ZÿÏZym ( !$tBur O$tRr& šÆÏB šúüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÐÒÈ


76. Maka ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada Yang terbenam hilang".


77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), Dia berkata: "Inikah Tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika Aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah Aku dari kaum Yang sesat".


78. Kemudian apabila Dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? ini lebih besar". setelah matahari terbenam, Dia berkata pula: ` Wahai kaumku, Sesungguhnya Aku berlepas diri (bersih) dari apa Yang kamu sekutukan (Allah dengannya).


79. "Sesungguhnya Aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah Yang menciptakan langit dan bumi, sedang Aku tetap di atas dasar Tauhid dan bukanlah Aku dari orang-orang Yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain)".


Sedikt bingkisan atau huraian daripada kisah ini ialah


Bintang itu kita ibaratkan sebagai kemewahan dunia, harta pangkat, kekayaan, puji-pujian, atau pun pengharagaan samada dari segi kewangan atau pangkat dan gelaran. Ini jug termasuk jawatan-jawtan yang kita sandang.

Cukupkan dengan adanya bintang mampu membahagiakan kita. Cukupkah dengan adanya harta melimpah ruah ini membahagiakan kita. Bagaimana sekiranya harta-harta ini menyusut dan kemudiannya tenggelam dan tidak lagi mampu membahagiakan diri antum semua...


Bagaimana sekiranya antum dilabelkan sebagai muflis lantaran hutang akibat kerugian daripada perniagaan yang tidak mampu dibayar..

Adakah pada saat itu antum masih manganggap bahawa bintang itu mampu membahagiakan saudara-saudari semua


Bulan pula diibaratkan sebagai ahli keluarga kita..

Ibu bapa,

Adik beradik,

Saudara mara,

Suami kepada isteri,

Isteri kepada suami,

Anak-anak yang sentiasa membahagiakan kita...

Adakah cukup dengan adanya bulan ini kita adalah manusia yang bahagia di muka bumi ALLAH ini..


Anda perlu ingat bahawa, setiap yang hidup itu akan mati..

Seorang demi seorang orang yang anda cintai pergi kembali kepada ILAHi..

Mula-mula ayah..

kemudian ibu..

Abang,

Kakak

Adik,

Suami atau isteri,

Anak-anak,


Dan yang hanya tinggal adalah ”aku” seorang diri menangis, menangis dan terus menangis...lantaran kehilangan orang-orang yang anda kasihi dan cintai..


Matahari juga diibaratkan seperti bintang iaitu wang dan jawatan tinggi serta kuasa..

Kemudian matahari juga tenggelam..

Beransur-ansur sehingga warna merah di ufuk barat hilang...

Ianya tidak abadi dan terus lenyap..


Manusia terus mencari

Mencari,

Dan terus mencari...


Hakikatnya kehadiran kasih sayang daripada keluarga yang dicintai

Atau sijil-sijil peniktirafan yang diperolehi tidak cukup untuk membuat kan kita bahagia..

Bukan penghargaan yang dicari...

Suatu pencarian yang bermakna ialah apabila hati ini dekat kepada ALLAH

Lantas merasakan diri begitu bahagia..


Begitulah keyakinan Nabi Ibrahim as yang ikhlas dalam mencari ALLAH

Sanggup dibakar dalam api yang menyala-nyala demi mempertahankan akidah...

Sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir demi mengikut perintah ALLAH YANG MAHA ESA..


Sanggup menyembelih anak sendiri demi menunjukkan ketaatan kepada ALLAH SWT


Bagaimana ini boleh berlaku?

Kerana keyakinan yang tinggi kepada ALLAH..

Baginda akhirnya menemui kebahagiaan yang hakiki dan abadi


Masih banyak lagi kisah-kisah para anbia yang ana ingin ulas..

Lantaran kekangan masa yang agak menyempit kehidupan

Ana tangguhkan untuk penulisan yang seterusnya..


Wahai saudara SeIslam yang ana kasihi sekalian..


Muhasabah pada diri,

adakah kita pernah melakukan pencarian sebegini atau sekadar meneriam Islam itu sebagai agama yang diturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya tanpa ada usaha untuk mendalami dan mencari siapa sebenarnya Pencipta kita.


Sudahkah anda berfikir siapa pencipta anda?


Sudahkah anda mencari dimana cinta hakiki itu?


Pernahkah airmata keyakinan itu membasahi pipi lantas menginsafi dosa-dosa lalu yang menghimpit diri?


Fikir-fikirkan lah wahai insan-insani...

No comments: