Tuesday, July 3, 2012

Buat dia yang ku tunggu

Alhamdulillah.

Syukur punya mereka dalam hidup.

Penerang di kala gelap gelita.

Memimpin jalan untuk keredhaan -Nya

Perubahan itu perlu untuk membentuk diri.

Tahniah buat kak Irma Hasmie ...pandangan peribadi saya, Allah akan bantu kita jika kita hendakkan kebaikan. Saya kira ini salah satu hadiah dan anugerah dari Allah. Nikmat Allah yang mana kamu dustakan..Allahu,

Buat adik-adik, sahabat-sahabat,
walau siapa pun kita pada masa dahulu,
JIka sudah terdetik di hati kepada kebaikan,
Maka sambutlah ia dengan penuh kemuliaan.
Ternyata, taufik dan hidayah dari Allah tiada ternilai.
"2 rakaat solat sunat lebih baik dari dunia dan seisinya"

Terima kasih buat sahabat yang sentiasa memberi semangat dan nasihat.

Beri cahaya pada hati yang gusar.

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH pencipta sekalian alam.

Umur sudah menjengah 24++ akan masuk 25 pada tahun ini.

Blog ini diwujudkan sejak 2008/2009 iaitu semasa masih 21 tahun.

berbeza cara penyampaian dan fokus.

Banyak perkara yang dipelajari.

InsyaAllah mahu mendidik anak-anak menjadi pejuang dan pendakwah kelak.

Punya cita-cita agar sentiasa bersama suami tercinta, mengejar ilmu yang mendekatkan diri kepada kebaikan dan memugarkan rasa kecintaan dan Mahabbah kepada Rasulullah SAW.

Mahu terus di medan ini.

Dalam meraih cinta dan cita itu, semoga perjalanan menuju ke gerbang perkahwinan di redhai ALLAH.

Semoga perjalanan ke gerbang perkahwinan itu dipermudahkan dan dipercepatkan ALLAH.

Semoga Allah memelihara kami dan menjaga hati ini agar kecintaan kepada Allah tidak berkurangan.

Semoga Allah pelihara hati dan cinta ini.

Semoga kita sama-sama ikhtilat pergaulan dan tidak membicarakan perkara sia-sia.

Sungguh aku hanya insan biasa, tak bisa menempis mehnah dan fitnah dunia. Takut kiranya aku ini menjadi fitnah bagimu.

Ku kira, jika sudah bersedia, sudah jatuh cinta, datanglah berjumpa kepada wali wanita yang kita suka, agar cinta itu membawa ke gerbang bahagia.

Semoga cinta ini membawa ke SYURGA bukan ke neraka.

"Jadi, kalau anak kita dah suke, kite tengok hok dia pilih tu:
takdok kecacatan dalam agame,
bukan kaki no ekor,
bukan kaki togo (minum) arak,
ada jugok gi masjid
sembahyang cukup 5 waktu.
walaupun pendapatan tak besor mana, tapi ingat, bila dah berkahwin, turun rezeki banyak"


No comments: