Monday, July 9, 2012

Oh Ayah...

Syukur masih mempunyai AYAH.

Yang pasti, Ayah tempat mengadu,

Ayah tempat bermanja.

Ayah tempat bertanya pendapat dan berkongsi rasa.

Ayah tempat mencari motivasi dan mengajar erti hidup pada anaknya.

Ayah tempat anak-anak berteduh dari terluka kerana dek dunia yang penuh pancaroba.

Ayah pelindung yang setia, bila Allah ada di hatinya, akan dijaga si anak dengan penuh mesra.

Ayah akan membentuk sesebuah keluarga, mahu yang bagaimana, pegang pada agama atau carca merba dengan usikan dunia.

Ayah, ketua dalam keluarga. Bila si ayah meletakkan Allah di hadapannya dan dalam semua pekerjaannya, dia akan berusaha sehabis baik untuk keluarga tercinta.

Solat isteri dan anak-anak sentiasa dijaga dan diperhatikan sepanjang masa agar sama-sama ke syurga.

Sentiasa mengingati isteri dan anak-anak tentang Tuhan Yang Esa dan CInta kepada Rasulullah SAW.

Wahai ayah, ini nukilan dari seorang anak yang rindukan kasih sayang

Wahai ayah, jika isteri dan anak perempuanmu tidak mengikut syariat, engkau juga akan terkena tempias dosanya. engkau terlebih dahulu ditanya tentang kesalahan mereka.

Wahai ayah, anak ini rindukan kasih sayang dan belaian cinta dari seorang ayah.

Wahai ayah, bawakan Alquran dan sunnah dalam keluargamu. Ajaklah mereka bersama-sama ke majlis ilmu.

Wahai ayah, rindu si anak ini mahu mendengarkan kata nasihat dan motivasi daripadamu.

Wahai ayah, rindu di anak ini mahu mendengar kata teguran dan didikan darimu.

Wahai ayah,

Jadilah ayah yang membawa ke syurga.

Pesan si anak kepada anak-anak di luar sana, Doakan sentiasa ayah dan bonda agar berada dalam redha dan kasih Allah selamanya sehingga ke syurga walau siapapun mereka dan apa pun yang mereka telah lakukan kepada kita.

~~Anakmu~~

No comments: