Sunday, July 8, 2012

Semoga menjadi sahabat taman syurga. Bercinta dan bercita dengan Mahabbah kepada Rasulullah SAW.

Alhamdulillah..

Syukur dengan ukhwah yang ada pada hari ini.

Aku masih di takuk lama...

Masih belum kuat berdiri sendiri dan tidak mungkin akan mampu sendiri kerana kita akan sentiasa memerlukan Allah dalam kehidupan.

Aku masih mahu terbang ke awan biru.

Ingin gapai bintang di angkasa, yang terapung di galaksi-galaksi.

Ingin berkelana dan bercinta bersama mereka.

Aku juga inginkan rasa damai di saat kegembiraan mahupun berduka, rumah Allah menjadi tumpuan.

Bukan mahu riak atau pun takbur tapi ini tarbiyyah Allah, Syukur di temukan sahabat-sahabat di rumah Allah.

Sejak di matrikulasi, membina harapan dan menjadikan ke masjid sebagai rutin harian.

Yang akhirnya, Allah berikan sahabat-sahabat yang menyenangkan.

Yang bisa mengingatkan di kala kealpaan.

Yang memberi sejuta makna kepada erti hidup sebenar.

Bukan mengejar segulung ijazah semata tapi juga mencari makna siapa kita di dunia.

Rutin diteruskan di UPSI, di kala hati kesunyian tidak berteman.

Masa yang ada bukan digunakan untuk lepak di bilik tetapi menggerakan kaki ke surau dan majlis-msjlis ilmu.

Aku tidak punya ramai teman. Tapi aku tahu Allah yang menentukan segalanya dan Allah hanya memberikan yang terbaik buatku.

Buktinya ada di hadapanku. Tiap detik perjalanan hidup Allah berikan yang terbaik.

Syukur kerana tidak diselesakan dengan sahabat yang ramai yang kadang kala membawa kepada murka. Bersukaria tanpa mengira batasnya. Biar "sporting" kata mereka.

Syukur.

Syukur.

Sabar dengan karenah dunia.

Lali dengan kata fitnah dan nista. Mungkin teguran Yang Maha Esa bahawa kita ada berbuat dosa.

Solat tiang agama.

Senyum tanda syukur.

SMILE

SMILE.

Mereka tahu senyuman ku bagaimana.

^_^ Terima kasih buat semua yang mewarnai hidup hamba ini.

Syukur ditemukan dengan antum semua.

Tidak kira apa sengketa atau tersalah kata, hanya doa dan alfatihah mampu hamba ini kirimkan buat semua.

Buat sahabat di SK Tambirat, SMK (A) Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SHOAW), KML sesi 2005/2006, Sahabat di UPSI yang mengenali diri, sahabat exco dan rakan exco Kolej ungku omar, sahabat exco dan rakan exco MPP sesi 08/09, sahabat PERKEPIS, sahabat usrah, sahabt di Madrasah Al Khairat, dan semua sahabat-sahabat yang mengenali diri dan memberi makna kepada kehidupan aku.

Terima kasih buat semua.

Buat Ukhti Mel Mel yang dicintai, syukran kerana tidak jemu bersama hamba ini.

Mahu bercinta dengan anda lagi..jomm ^_^

Terlalu banyak
Sahabat Usrah dan akhi-akhi yang banyak berkongsi tentang makna hidup.

Semoga kehidupan kita bertambah baik.


~~~Saya mahu hijrah itu~~~

No comments: