Monday, July 13, 2009

Isu Semasa...PPSMI .... Ko-SPIN 09

Assalamualaikum wbt..

Sudah lama aku tidak menaip artikel sendiri. Minda ini beku seolah-olah gagal menterjemahkan idea pemikiran kepada penulisan. Walaupun hakikatnya tesis lebih memerlukan perhatian tapi rasa ingin berkongsi dengan pembaca sekalian membuatkan jari ini membuat tarian meluahkan rasa hati.

Berita mengenai pemansuhan PPSMI mungkin berita baik atau berita buruk bergantung kepada pemikiran dan pendapat si penerimanya. Bagi saya, mungkin ini sesuatu berita baik kerana saya menginginkan sains dan matematik itu kembali di ajar dalam Bahasa Melayu (BM). Malah jika diperhatikan dalam kalangan bakal guru itu sendiri, tidak sampai 50% pun yang boleh menggunakan Bahasa Inggeris (BI) yang betul dan kebiasaannya mereka akan menggunakan BM semula untuk menerangkan isi pengajaran.

Berita kedua, Alhamdulillah, saya adadalah salah seorang insan yang terpilih dan terpanggil untuk menghadiri satu program ilmiah iaitu Kongres Rejuvinasi Sistem Pendidikan Islam Negara 2009 (Ko-SPIN '09).

Walaupun pada awalnya pihak UPSI tidak menghantar mana-mana wakil dari UPSI, kami telah mengambil inisiatif sendiri untuk pergi dengan kenderaan sendiri.
Pada pendapat saya, perbincangan secara ilmiah seperti ini perlu diadakan secara berkala dan berterusan di UPSI agar bakal-bakal guru ini sentiasa dihidangkan dengan isu-isu sema mengenai pendidikan di Malaysia.

Selain itu, kita juga menerap budaya berfikir secara kreatif dan tidak menerima bulat-bulat sistem yang ada. Dalam masa yang sama, kita memikirkan dan menjana idea agar sistem yang ada ini boleh diperkemaskan dan dimantapkan berdasarkan kepada keadaan semasa pelajar dan sekolah.

Walau siapa pun yang menganjurkan program tersebut, kita sepatutnya tidak melibatkan politik kerana isu pendidikan adalah isu yang perlu dimantapkan dengan idea-idea baru.
Justeru itu, saya menyeru agar pihak UPSI sama ada staf mahupun program yang dianjurkan di peringkat pelajar kita memperkasakan majlis-majlis ilmu seperti ini bagi mencapai matlamat kita sebagai seorang GURU BITARA.

BITARA bukan sekadar pada nama namun perlu adanya tindakan susulan di peringkat pelaksanaan dengan memperbanyakan perbincangan ilmiah daripada kita membuang masa dengan program-program hiburan yang membazir. Berhibur tidak mengapa tetapi ada cara dan batas nya.


Pautan yang berkaitan dengan Ko-SPIN 09

Cikgu Arif
Cikgu Aqilah
Cikgu Zulhilmi

No comments: