Saturday, July 4, 2009

Kem Berambeh Selaseh 4..JOM RAME2 KITA KAMBOH...

Kem Berambeh Selaseh IV

KBS 4

Assalamu ‘alaikum

Mari berhujung minggu bersama rakan-rakan seperjuangan yang berasal dari bumi Kenyalang, Sarawak. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dan pekerja, yang tidak lekang daripada urusan-urusan yang meletihkan dan memenatkan, marilah kita bersama dalam merehatkan diri untuk menenangkan minda dan fizikal kita di salah sebuah tempat yang menarik di Ulu Langat Selangor. Pada 31 julai 2009 hingga dua Ogos 2009, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) akan mengadakan sebuah program yang dinamakan Kem Berambeh Selaseh IV (KBS IV). Program ini akan dijalankan selama tiga hari di Kem Rimba Ria, Sungai Congkak, Ulu Langat, Selagor.

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara pelajar-pelajar sarawak di bumi semenanjung ini. Kami menjemput semua pelajar Islam Sarawak dari IPTA mahupun IPTS untuk menyertai program ini. Kepada yang sudah mempunyai kerjaya, penyertaan anda semua juga amat digalakkan. Dalam program ini, bahasa pengantar ialah Bahasa Melayu Sarawak, tetapi tidaklah dilarang untuk kita menggunakan bahasa-bahasa lain. Dengan itu, kepada pelajar yang berasal dari semenanjung Malaysia, tidak menjadi halangan untuk anda ikut serta dalam program ini. Apa diambil kira, anda dapat memahami bahasa Melayu Sarawak yang telah dipilih sebagai bahasa pengantar sepanjang program ini.

Tema program KBS IV kali ini ialah Melentur Budi Melakar Kasih Sayang , dalam program ini, insya’ Allah akan dijalankan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti rekreasi dan aktiviti berkumpulan (makluman secara umum, yang selanjutnya akan anda ketahui jika anda turut menyertai program ini). Program kali ini lebih condong kepada aktiviti kerohanian, dengan adanya aktiviti seperti ini, maka dapatlah kita merasai kenikmatan yang sebenar dalam setiap aktiviti yang akan kita lakukan. insya’ Allah.

Lokasi program juga agak menarik kerana lokasi itu merupakan kawasan rekreasi yang popular, iaitu terdapat keunikan yang tersendiri. Inilah peluang kita untuk bersama dalam meluangkan masa untuk menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah s.w.t. selari dengam konsep kerohanian itu tadi, maka peluang untuk kita menghayati dan mengamati kebesaran Allah s.w.t. akan lebih terkesan dalam diri kita, sekali gus akan membuatkan diri kita berasa tenang lantas kita dapat membuang segala tekanan negatif yang datangnya daripada masalah ketika berada di kampus dan sebagainya. Semoga usaha kita untuk mendidik jiwa dan menjalinkan persahabatan (kerana Allah/ fillah) dalam kalangan peserta berhasil dengan jayanya.

Sepanjang program ini, peserta akan diberikan input atau pengisian yang berguna oleh senior-senior yang sudah banyak menimba pengalaman dalam menempuh kehidupan belajar di bumi semenanjung ini. Siapkan soalan anda, agar mereka tidak dapat duduk senang kerana asyik ditanyakan soalan oleh junior-junior mereka (dengan niat baik). Antara konsep yang terdapat dalam program ini ialah santai Islamik, jadi anda tidak perlu malu atau segan untuk bertanya atau memberi pendapat ketika berada dalam program ini selagi perkara yang anda ingin ajukan selari dengan adab yang digariskan dalam ajaran Islam.

PEMBERITAHUAN:

tangga UIAM

Tangga besar UIAM Gombak

1. Peserta harus berkumpul di UIAM Gombak (kampus utama UIAM). Semua peserta diminta berkumpul di hadapan tangga besar UIAM Gombak yang berhadapan dengan pintu masuk kampus utama UIAM. Bas akan disediakan untuk menuju ke destinasi (Sungai Congkak).

2. Yuran yang perlu dibayar bagi setiap peserta ialah RM10. Sekiranya anda tidak mempunyai wang, tidak menjadi masalah kerana peserta boleh membayar yuran selepas tamat program (pada bila-bila masa, boleh dibayar kepada wakil PERKEPIS yang dipertanggungjawabkan). Sesi pembayaran sebenar akan dilakukan semasa berlangsungnya program.

3. Segala pertanyaan tentang program yang akan berlangsung ini, anda boleh hubungi:

a.) Hisyamuddin – 013 8114445

b.) Nur Syazwani – 013 2983436

c.) Ruzanna – 013 9965795

d.) Azam Ahmed – 017 8525490

WAllahu ‘alam.

Sekian, terima kasih.

No comments: