Monday, November 7, 2011

Bawa hatiku kepada Allah..Sahabat Anugerah dari Allah


Alhamdulillah.

Sempat menziarahi Habib Muhammad di kediaman beliau di Jalan Champaka, kpg Gita.

Rindu dengan untaian mutiara kata dari beliau.

Rindu mahu mendengar kuliah subuh yang dihujani kata-kata azimat.

Rindu pada kitab-kitab yang saban pagi ditatap untuk jiwa yang perlukan makanan rohani.


Alhamdulillah, 10 Zulhijjah sempat bertandang ke sana bersama-sama sahabat-sahabat, Yati, kak Ada dan cik Comel hehe..

Kemudian menziarahi adinda Aisyah yang menjadi teman sepe"dating"an saban masa.

Rindu dengan perkongsian cinta dan rasa.

Rindu pada jiwa-jiwa yang sentiasa cintakan Rasulullah SAW dan sentiasa mengingatkan diri kepada Allah yang Maha Esa dan kekasih-Nya Muhammad SAW.

Sempat meneliti lengok tari lagu dari Haddad Alwi - Rindu Muhammadku.

Sempat merakam sedikit kenangan bersama Aisyah dan Raufa.

Sungguh rindu dengan angkatan "perang" kami di barisan HEWI Perkepis.

Sungguh rindu ini buat aku Cinta pada Rasulullah saw.

Rindu pada persahabatan yang dijalinkan kerana Allah.

Pertemuan kami yang pertama adalah pertemuan antara jiwa-jiwa yang mencari cinta Allah.

Dipertemukan dalam Usrah.

Rindu dan cinta kami disemi dengan rasa cinta dan rindu kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW.

Ya, kami bercinta sampai ke syurga.

Ya, kami ingin mendidik jiwa-jiwa ini agar menjadi ibu yang mampu melahirkan generasi ulul albab.

Generasi yang cintakan Alquran.

Generasi yang dibibirnya sentiasa mengalunkan Alquran dan menyelami isi kandungannya dengan jiwa.

Esok Jana Tawqa HEWI, "Sepetang bersama Kak Comel".

Sungguh hati saya juga hadir di sana buat kalian semua.

Jika Cinta ini membuatkan aku dekat pada Allah, akan ku genggam hingga sampai bila-bila dengan izin Allah

Jika cinta ini membuatkan aku rindu kepada Rasulullah saw, akan kupatri di jiwa buat bekalan kehidupan mendatang.


Yang pasti dan Yakin bahawa, semua nya adalah daripada Allah.

Yakin, semuanya dianugerahkan oleh Allah dan Allah berhak menarik semulanya dengan Dzat-Nya.

Yakin, Allah sentiasa memberikan terbaik buat kita.


Percayalah, Jika dia mencintai dan menyayangi kita, dia akan jaga kita dari api neraka.

Dia akan bantu kita untuk raih cinta Allah.

Dia akan hulurkan tangan untu menyelamatkan kita dari azab neraka.

Dia akan sentiasa dihati kita untuk mengingatkan tentang Tuhan.

Dia akan sentiasa menyatakan Allah dalam setiap bicaranya.

Dia akan sentiasa meletakkan Allah dalam setiap perkara yang dilakukannya.


Dalam perjalanan pulang, sempat berteka-teki dengan kak ada...

"antara suami-isteri siapa yang menyayangi, suami atau isteri?"

"Jawapan yang paling tepat ialah orang yang paling menyayangi ialah orang yang meletakkan Allah adalah Dzat yang paling disayangi"


Sahabat-sahabat mari kita kembali kepada Allah.

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah.

Pegang Syahadah seperti Bilal bin Rabah melafazkan kalimah "Ahad" walaupun diseksa oleh tuannya.

Kerana di hatinya adalah CINTA kepada Allah.

Subhanallah.

Mari kita sorotkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan kita.

Sentiasa mendahulukan yang kanan dan menyayangi kanak-kanak.

InsyaAllah.

~~~Terus mencari dan terus mencari cinta abadi, biar hidup diberkati Ilahi~~~