Wednesday, August 12, 2009

APA NAK JADI DENGAN KITA??? INTELEKTUAL TAPI BO**H

ASSALAMUALAIKUM WBT....

Ini adalah entri rentetan dari konsert perasmian konvokesyen yang telah diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Mahasiswa baru sahaja balik dari cuti kuarantin H1N1, sampai sahaja di UPSI terus diadakan konsert.

Hati siapa tidak sedih,
Jiwa siapa tidak luka.
Dikala umat Islam lain bersiap sedia menyambut Ramadhan dengan amal soleh,
Tapi di sini disambut dengan konsert sebegitu rupa.


maaf andai tajuk entri ini tidak senonoh. Tapi apa yang saya baca cukup membuatkan kemarahan di hati saya.

Bagaimana seorang yang kita cinta dan rindu dihina sedemikian rupa. Kata-kata ini saya petik dari sebuah web (cukuplah saya merahsiakan web tersebut).


"kesiannya ko bagus awak balik ke zaman nabi awak.....ah time tu takder hiburan konsert and gerenti ko akan masuk syurga yer tak yer.......hahhahahahh"

"Ya Rasulullah, hati ini terlalu cinta padamu, lantas apabila manusia tidak menjaga adab dalam bertutur kata. Jiwa kami terseksa kerana kami terlalu cintakan mu Ya Rasulullah"

Ya Allah, tika ini aku titipkan doa kepada-MU, memohon ampun kerana ketidakupayaanku menjaga nama kekasih-MU.

mengenai mereka y bertudung labuh, sudah lama mereka dipandang serong jadi apa y berlaku semalam tidak memberikan sebarang kesan pd jiwa mereka. malah,
kenapa golongan y menjerit-jerit + perempuan y tak bertudung + lelaki y bersolek tak pulak dipandang pelik semalam?
bukankah mereka ini terang2 melakukan mungkar?
adakah mereka lebih mulia berbanding tindakan rakan2 kita y bertudung labuh tersebut? sila fikirkan, saudara =)



juga dari laman web yang sama.

saudara-saudari yang dikasihi ALLAH sekalian?
anda berada dalam golongan mana?

apabila "si tudung labuh" atau " si kopiah " putih melakukan kesalahan, mereka terus dikecam.

tapi, apabila "wanita jadian bersolek" atau "wanita sejati menjerit-jerit dan tidak menutup aurat", mereka diamkan dengan alasan itu hak mereka dalam berpakaian dan berkelakuan. janji hati baik.

Ya Allah, bala apakah ini? hanya ENGKAU tempat ku mengadu.

Entahla, aku x fhm dgn puak "kopiah putih" ni, asyik pakai isu hiburan melampaula, melalaikan la.. Byk lagi benda yg melalaikan drpd konsert 2.. Td aku tgk jgk konsert, ok je..xda yg melampau pun, jack pun npk sopan.. yg x sopan ialah mereka yg protes.. Menyinggung perasaan org lain, xke berdosa dgn manusia mcm 2... Apa slhnya konsert mcm 2 diadakan..bgla peluang kat yg non muslim nak berhibur.. yg muslim, klu xnk tgk, x pyhla dtg, xda pun org paksa nk dtg..

*ada d antara kaki protes ni aku tgk slalu je lepak tgk bola kat mamak, x pulak lalai.. :p

adakah ini yang dikatakan sebuah negara Islam?
Hak seorang MUSLIM mencegah kemungkaran dihalang untuk menjaga hati yang bukan MUSLIM.

Nauzubillah...
Ya ALLAH, bantu kami, berilah kekuatan kepada kami.

Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadhil bekas profesor UKM sudah acap kali menyatakan kerisauan beliau terhadap proses pembunuhan intelektual yang halus ini, lantas menukilkan dalam satu makalah yang dipetik berikutnya :

“Di mana-mana orang mulai menyuarakan keprihatinan bahawa kampus-kampus IPT yang tampak mewah, megah dan gagah itu tidak lagi dapat menyembunyikan hakikat kelumpuhan dinamikanya sebagai institusi pemerkasaan dan pencerdasan generasi muda. IPT semakin kehilangan wibawa sebagai pusat kecendekiawanan yang bebas, kritis dan artikulatif. Warga IPT sudah semakin tidak mampu menegakkan kebenaran dan kedaulatan ilmu. Segalanya telah diputuskan dan diatur berasaskan kepentingan politik penguasa dan perkiraan untung rugi sektor korporat pendana”.


Ya Allah, saat ini hamba pohon keampunan. hamba pohon kekuatan dari-Mu ya Allah dalam menegakkan addin.

Kolam airmata pecah akhirnya. Entah apa bala yang akan Allah turunkan.


sahabat-sahabat sekalian,
Saya pohon doa dari kalian. Doakan bakal-bakal guru yang akan mendidik anak-anak generasi akan datang ini, sedar apa tujuan mereka menjadi guru.





2 comments:

Ummu Fateh said...

sama2 kita istighfar kerana manusia memang lalai dan lupa.

Unknown said...

Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...