Saturday, August 8, 2009

KERANA KITA ADALAH WANITA...caring, sharing and loving



KERANA KITA SEORANG WANITA

Assalamualaikum wbt...syukur masih dalam nikmat Iman dan Islam..

KERANA KITA ADALAH WANITA...

persoalannya adakah anda bangga menjadi wanita?
Jawapan saya, YA, saya bangga menjadi wanita.

Syukur ke hadrat Ilahi, aku berkesempatan menghadiri satu forum diskusi bertajuk "WANITA TIN KOSONG" yang diadakan di Universiti Malaya. Bagi aku ini adalah perjalanan yang bermakna walaupun terpaksa mengorbankan sedikit masa dan wang untuk ke UM namun hati ini tekad mahu pergi. Allah buka hati ini untuk ke sana dan pasti di sana ada satu hidangan yang aku boleh gunakan dalam usaha menjadi Hamba ALLAH yang bertaqwa dan memelihara Iman.

Alhamdulillah, tiada kata yang mampu diungkap melainkan kalimat tahmid memuji Allah. Perkongsian ilmu dari ahli panel dan moderator yang tidak kurang hebat, menyentuh hati ini agar lebih menghargai diri. Semoga diri ini mampu menjadi SRIKANDI-SRIKANDI yang bakal mengubah dunia dan ummah.

Terima kasih tidak terhingga kepada adik Shimah yang sudi menyediakan penempatan sementara untuk bermalam di UM. dan ucapan terima kasih buat warga HEWI PMIUM yang sudi menerima kunjungan hamba ini. Ukhwah yang terjalin adalah ukhwah kerana ALLAH. Semoga ia berkekalan. Untuk adik-adik yang menemani untuk ke tempat forum, syukran jazilan, hanya doa mampu akak kirimkan buat adik-adik. Teruskan perjuangan adik-adik. boh jerak jemput kamek agik ( Jangan jemu jemput saya lagi). Terima kasih Huspah (maaf kalau tersilap ejaan), lin, nija, muthaah dan yang lain-lain. Maaf tak ingat nama antum semua. Hanya Allah mampu membalas jasa antum semua.

Buat saudari Khairunnisa, terima kasih kerana mengalu-alukan kehadiran saya.

Sedikit pengisian dari forum,

Wanita Tin Kosong? premis wanita tin kosong diibaratkan tin yang tidak mempunyai isi dan apabila diketuk mengeluarkan bunyi. premis lain, tin kosong diibaratkan boleh diisikan dengan pelbagai perkara bermanfaat. Contohnya, wanita yang diisi dengan ilmu yang bermanfaat InsyaALLAH akan mampu menjadi seorang yang hebat dalam memartabatkan Islam sebagai cara hidup.

Satu cerita yang menyentuh jiwa saya dari ahli panel iaitu ummiroses. Ada seorang wanita yang merupakan seorang yang hebat dalam akademiknya. Namun disebabkan tekanan hidup dari persekitaran ia mengubah dia menjadi seorang PELACUR.
Kisahnya begini, wanita ini melanjutkan pelajaran di sebuah universiti.
Di Universiti itu, budaya "couple" menjadi budaya di sana sehingga orang yang tidak ber"couple" dipandang pelik. Pada suatu hari ada seorang lelaki mengajaknya ber"couple", dan dia si gadis menerima. Semasa berkasih dengan lelaki 1 ini, lelaki 1 bertanya, "can i hold your hand?". Si gadis menolak permintaan itu. Akhirnya mereka berpisah kerana si gadis menolak permintaan lelaki 1 tersebut.
Selepas itu, lelaki 2 mengajak si gadis untuk ber'couple" dan dia menerimanya. Lelaki 2 juga bertanya "can i hold your hand?".. "yes" itu jawapan dari si gadis kerana dia tidak mahu kehilangan lelaki 2. Selapas itu, lelaki 2 bertanya "can we have sex together?".. Si gadis menolak dan mereka juga berpisah.
Datang pula lelaki 3 mengajak si gadis ber"couple". Lelaki 3 bertanyakan soalan yang sama. "can i hold your hand", the answer "yes". "Can we have sex together?" the answer also "yes". Namun akhirnya mereka juga berpisah.

Anda tahu apa yang perempuan ini fikirkan...
selepas berpisah dengan lelaki 3, perempuan itu mengatakan "If you want to have sex with me, i can sell it"..Atleast i can get something from what i have done. Dia berfikir, sekurang-kurangnya dia mendapat habuan daripada apa yang dia lakukan daripada dia memberikan secara percuma.

Astagfirullahalazim...bahana dari budaya "couple"..



bermulalah kisah si gadis menjadi PELACUR kelas atasan. Kegiatan si gadis dihidu oleh keluarganya dan akhirnya si gadis ingin kembali kepada Fitrah iaitu Islam.
Allah Maha Penyayang...
Si gadis diberi peluan untuk bertaubat. Dia telah ke Raudhatus Sakinah demi pencarian CINTA ILAHI.
Si gadis mengatakan "aku tidak bahagia walaupun duit beratus ribu namun aku tidak tenang dan aku tidak bahagia"

Bila diselidiki, si gadis telah lama meninggalkan SOLAT & ALQURAN sehingga dia terjebak dengan gejala ini. MasyaALLAH. Cinta Allah Maha Agung. Si gadis diberi peluang kembali ke pangkal jalan sebelum ajal menjemput.

Si gadis yang pada mulanya tidak mampu menangis akhirnya mengalirkan air mata penyesalan di hadapan ALLAH, airmata yang ingin bertaubat dan kembali kepada Islam.
JANJI ALLAH ITU PASTI, ALLAH TELAH MENYEDIAKAN YANG TERBAIK BUAT KITA, TERPULANG KEPADA KITA UNTUK MEMBUAT PILIHAN.

Firman Allah dalam surah Muhammad, ayat 19
"Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat)."

surah Nasr ayat 3
"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

dan banyak lagi firman Allah yang menunjukan Allah Maha Pengampun.
Tika kita melakukan dosa segerala meminta ampun.

Hari ini kita berdepan dengan masalah sosial yang cukup dahsyat. Zina menjadi perkara biasa. Apatah lagi "ringan-ringan"...Nauzubillah...
Adakah musibah Selsema Babi atau H1N1 ini teguran dari Allah agar kita kembali kepada Islam?
Jerebu baru-baru ini menyukarkan perjalanan hidup seharian. Adakah ini juga musibah disebabkan maksiat yang kita lakukan?

Hari ini, kita punya ramai intelektual. CGPA 4.0 dan 3.0 ke atas. Berjaya mencapai Ijazah kelas pertama malah ramai anak muda yang berjaya menyambung pelajaran ke pringkat lebih tinggi sama ada "master" mahupun "pHD".

Tapi adakah ini sebagai kayu pengukur kejayaan seseorang kerana purata pelajar IPTA/IPTS yang mengandung anak luar nikah adalah tinggi.

INTELEKTUAL ADA TAPI BODOH. Maaf mungkin kasar tapi itu hakikatnya jika Ilmu yang tidak dipandu dengan Iman.

Pernah anda mendengar seorang gadis kecewa kerana tidak terpilih menjadi model. Atau ahli keluarga menangis kerana anak harapan tersingkir dari sebuah akademi yang mendidik si anak menjadi penyanyi yang berjaya.
Lambakan hiburan menjadikan hati kita buta. Hiburan di televisyen menyebabkan saya seolah-olah muak dengan rancangan-rancangan yang menayangkan hedonisme sebagai cara menghiburkan diri dan populariti menjadi impian muda-mudi malah dalam kalangan tua-tui juga. Kubur kata mari, rumah kata pergi tapi masih bersukaria tanpa memikirkan apa yang bakal dibawa semasa berjumpa dengan ALLAH kelak.

Sahabat-sahabat, saudara-saudari yang dirahmati Allah sekalian..
Jadilah wanita yang hebat, yang mampu mengubah dunia dan ummah. Wanita yang bakal mengegarkan dunia dengan melahirkan generasi-generasi yang mampu mengangkat Islam sebagai cara hidup.

Jaga Iman, Jaga SOLAT. Jaga hubungan lansung kita dengan Allah. SOLAT adlah perisai utama dalam manjaga diri kita. Kuatkan Iman. Tabahkan hati kerana jalan yang bakal kita pilih adalah jalan yang berliku penuh dengan cabaran tapi percayalah Allah akan ganti dengan sebuah kebahagiaan yang kita tidak pernah fikirkan.

takutlah kpada Allah,
Malulah kepada Allah,
Kita menggunakan pancaindera yang Allah kurniakan untuk melawan fitrah Allah,
Alangkah hina nya kita,
Alangkah kerdilnya kita,
Mengapa memilih jalan ini,
sedangkan jalan Islam adalah yan terbaik.

Fikir-fikirkanlah sahabat-sahabat,
KEMATIAN adalah suatu KEMESTIAN,
KEMATIAN adalah milik KEWUJUDAN,
KEMATIAN adalah milik KEHIDUPAN,
Sampai satu saat kita akan kembali Kpeada Tuhan.

Firman Allah surah Yasin ayat 83'
"Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

Pesanan ini adalah buat diri dan sahabat-sahabat yang saya kasihi...

"Ya Allah , jangan biarkan diri ini sendirian dalam mencari CINTA -MU"
"Bantu aku mencari Cinta-Mu"




gambar hiasan: "Seindah hiasan dunia ialah WANITA SOLEHAH"



4 comments:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

hehehe...
bagus atikel awak..

Wanita seindah perhiasan adalah wanita solehah..

Alangkah bagus jikalau 2 orang wanita yang gambar paling bawah tu bakal isteri saya(amboi 2 2 skali..huhu)

puterinurzahra said...

semuanya adalah datang dari ALLAH..ilham menulis berpandukan ilmu itu yang tebaik..

Semoga kita dalam kalangan orang-orang yang meraikan majlis-majllis ilmu...

InsyaAllah, saudara berhak mendapat perempuan sebaik itu tapi harus ingat, Lelaki baik adalah untuk wanita baik. Maka persiapkanlah diri untuk menajdi yan terbaik dan mendapat yang terbaik...

Itu yang sebaiknya InsyaALLAH

Cikgu Arif said...

Tahniah. Artikel yg menarik. Minggu depan sy ke Um, abg sy konvo.

kembara™ said...

alhamdulillah..tahniah..artikel yang begitu menarik..moga teruskan penulisan artikel2 yang lebih mantop...