Sunday, August 23, 2009

MELAKAR PELANGI DI LANGIT BIRU

Melangkah itu mudah,

Namun mencari arah itu yang payah,

Mencari jalan itu mudah,

Namun memahami destinasi itu yang susah,

Menyusuri susur itu mudah,

Namun noktan itu pasti mendatangkan lelah,

Dalam Semua ini, Menjaga istiqamah yang paling susah,

Payah, Dan lelah,

Namun DIA amat faham,Bagi hamba-NYA,

DIA tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,

Hanya melakukan yang terbaik,

Meletakkan sandaran dan keyakinan sepenuh-NYA pada-NYA,

Lantas nescaya DIA akan menguruskan selebihnya,

Agar yang terbaik itu menjadi milik manusia,

Semoga perjalanan kita sentiasa di dalam lindungan dan rahmat ALLAH swt.

Insya ALLAH....


Melakar pelangi di langi biru,

Nampak mustahil kan,

sumber dari blog sahabat Klik di sini


---------------------------------------------------------------------------------

“Melakar pelangi di awan biru…”


Melakar pelangi di awan biru…”

Tertarik dengan status YM yang dipaparkan oleh seorang rakan, terdetik di hati untuk menulis sesuatu.. Simple dan pendek sahaja ayat di atas, tapi makna yang cuba dibawa cukup besar dan mencabar. Tampak seperti retorik! Ujar saya kepada rakan tadi.. Sengaja mahu mengujinya.. Memang retorik sebab anda cuba memahami bahasanya dan bukan maknanya! Jawab rakan tadi dengan bersahaja..

Melakar pelangi di awan biru suatu impian yang sangat besar..

Ia bukan sembarang kerja.. Bukan sebarang cita.. Bahkan ia sungguh luar biasa! Impian melangit sehingga ke tahap cakerawala dan lantas langit biru tadi diwarnai dengan corak pelangi guna pena yang dipegang oleh tangan-tangan ajaib.

Apakah ia mustahil?? Jawabannya TIDAK. Sungguh ia TIDAK mustahil..


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini hanya sebahagian penulisannya, hendak baca yang penuh boleh ke blog dia, link ada kat atas tu.

Sebenarnya MELAKAR PELANGI DI LANGIT BIRU satu frasa yang cukup menarik minat saya.

Saya kira, bila kita renung dan fikirkan kembali makna tersirat disebalik frasa ini. Mengapai satu cita-cita atau matlamat yang kita anggap sebagai mustahil.

Go to fullsize image


Saya sendiri kadang-kadang suka berangan.

Hendak menjadi kaya,

hendak menjadi seorang penceramah, hendak menjadi seorang pengubal atau bekerja di bahagian pengubalan pendidikan malaysia di Kementerian Pelajaran,

hendak menjadi seorang ahli perniagaan,

mempunyai kedai buku sendiri, mahu menjadi isteri yang solehah,

mempunyai kucing atau pusat jagaan kucing yang comel-comel, dan banyak lagi.

Go to fullsize image


Tapi harus ingat, angan-angan bukan sekadar angan-angan tetapi kita perlu ada usaha mencapainya.

REVOLUSI.

PERUBAHAN.

Ini adalah salah satu perkara yang perlu kita lakukan.

Berbalik kepada diri saya sendiri,

Hendak menjadi seorang ahli peniagaan katakan, saya perlu bertindak dari sekarang. Walaupun saya tidak pernah belajar subjek perniagaan tetapi itu tidak menjadi halangan kerana bagi saya ilmu itu boleh dicari walaupun dalam slip SPM saya tidak tercatat subjek perniagaan atau perakuanan.

Mula dari sekarang, saya sudah berjinak-jinak berniaga secara kecil-kecilan. Walaupun nampak macam remeh, dan saya sendiri masih kurang cekap dalam pengurusan duit yang keluar masuk, Tetapi saya puas. Saya puas sebab saya ada sedikit pengalaman yang boleh digunakan kelak.

Begitu juga dengan cita-cita saya untuk mempunyai kedai buku sendiri. Saya sudah mula bertanya di mana saya boleh mendapatkan pembekal buku-buku ini.

Sebab itu saya tertarik dengan frasa "MELAKAR PELANGI DI LANGIT BIRU". Berusaha mencapai angan-angan yang nampak mustahil tapi boleh dicapai.

sebelum itu, perbetulkan niat anda.

BERAMAL KERANA ALLAH


Aksi Kucing dan Baby 01 by maenkhok.


1 comment:

Noor's blog (inside of me) said...

Benar Cikgu..tak ada yang tak mustahil, semua tergantung niat kita...