Tuesday, September 1, 2009

kek lapis saya

Assalamualaikum wbt...

KEK LAPIS CHEESE



Ini kek kegemaran saya :). untuk saya, sangat sedap la

nak tengok kek lapis boleh mai sini KEK LAPIS SEDAP

"akak, kek lapis yang mana satu sedap?"

(semua kek sedap dik...)

"Nurul, akak nak beli kek lapis, yang mana satu biasa orang beli?"

(berdasarkan tempahan yang saya dapat, orang banyak tempah kek lapis pandan coklat)
KEK LAPIS PANDAN COKLAT



"Nurul, Qi*** nak beli kak lapis, yang mana satu sedap ye?"

(Semua sedapla..pilih je mana satu..akhirnya dia memilih kek masam manis)

"adik, akak nak beli kek lapis tu, camne nak dapatkan ye?"

(boleh je, kalau tempahan luar tanjung malim, baik berhubung terus dengan pembekal, kalau melalui akak boleh juga, bagi alamat kat akak. Tapi wang nya perlu di bankin kan dulu ye)

*************************************************************************************
Komen membina

"Akak, saya pernah makan kek lapis, kawan saya bawa dari Sarawak, memang sedap."

"ari tu member ada bawa kek lapis, saya paling suka kek lapis Mint, rasa saya sedap. Kek lain sedap juga tapi kek ni paling sedap"
*************************************************************************************
Tak kurang juga yang berkata

"kak nurul, bila nak belanja kami kek lapis?"

"akak, nanti balik raya bawak la kek lapis tok kami"

"Nurul, tak pernah pun bagi kitorang rasa kek lapis"

respon saya: Nak makan kena beli la....akak kan meniaga :) hehe
(maaf saya terpaksa besarkan dan letak warna merah, hehe sebab masih ada insan yang bertanya seperti dalog di atas..)
p/s jangan risau nanti saya bawa, tapi xbanyak la, kalau tak dapat bagi semua sebab kek ni mahal...saya xde duit nak beli banyak2 sedangkan korang sangat ramai

Nak free jugak... raya ni mai la rumah saya, rumah jiran-jiran saya, saudara mara saya, kawan-kawan saya. Depa semua ada hidangkan kek lapis sarawak InsyaAllah :)

************************************************************************************

Ini adalah sedikit perbualan yang berkisarkan tentang kek lapis. Saya baru lagi terlibat dengan perniagaan ini. Tapi seronok jugak. Cuma ada banyak risiko yang perlu saya lalui.
Tempahan kek sampai. Tapi saya tak dapat nak ambil sebab UPSI di kuarantin disebabkan H1N1 secara tetiba. Posmen tak boleh ke kolej saya untuk menghantar kek. Saya pun telefon sahabat saya. Kebetulan dia online YM jadi saya pun minta tolong dia untuk ambil kek saya di pejabat pos. Terima kasih banyak-banyak rey.
Pembeli-pembeli saya balik kampung. Kek ini tak boleh di letak dalam suhu bilik untuk jangka masa yang lama. Nasib baik saya kenal pengurus asrama kami sebab ari tu saya bekerja sekejap di pejabat pentadbiran kolej. Jadi boleh tumpang peti sejuk rumah dia.

Alhamdulillah, saya juga menerima tempahan raya. Promosi agak kurang. Sebab saya agak "malas", huhu banyak perkara lain nak difikirkan. Tempahan dari rakan-rakan tetap saya raikan walupun pada mulanya menolak untuk menerima tempahan.

Ada juga adik-adik yang merungut kenapa saya tak beritahu mereka yang saya menjual kek lapis. Maaf dik, akak tak sempat nak mai rumah.

Tempahan untuk hari raya dah tutup, tapi tempahan masih boleh dibuat untuk selepas raya.

3 comments:

NOOR'S said...

Kenapa nak makan kena beli..? ini kan dekat-dekat hari raya, sekali bolehlah free..betul..betul..betul..?

Nurul S Othman said...

nak freeeee....raya ni datang la rumah ye...

:)

pecinta_Islam said...

sdpnyeee..mcm kek lapis serawak jerk
:)