Thursday, May 7, 2009

Suatu Hari.."kak...mak mana?"



gambar kucing di rumah yang sentiasa menyebabkan jiwa saya meronta-ronta mahu pulang ke kampung dengan segera.(banyak kali dah depa masuk blog aku ni huhu)


Aku sahaja balik dari Lundu. Saja, jalan-jalan makan angin. Entah aku ni memang suka merayau-rayau dan tak reti duduk diam di rumah. Sudah kebiasaan mungkin.

Setelah 3 hari dua malam di Lundu aku balik ke rumah semula. Sempat juga aku melawat Pantai Pandan dan jeti Sematan. Walaupun hari hujan sempat juga kami bermain pasir di tepi pantai. Melihat laut yang bergelora mengingatkan aku peristiwa tsunami yang berlaku di Acheh dan memusnahkan penempatan di sekitar pantainya. Aku memberanikan diri merenung ke arah lautan. Tidak nampak daratan diseberang sana kerana lautan yang terdampar di hadapan aku adalah Laut China Selatan. Daratannya masih jauh dan tidak mampu dilihat dengan deria penglihatan manusia. ALLAHUAKBAR... Itu sahaja kalimat yang mampu aku ungkapkan. Amat besar ciptaan Allah.

Sungguh jika Allah ingin memusnahkan kita, DIA boleh melakukannya hanya sekelip mata. Maka beringatlah wahai manusia, hidup ini hanya pinjaman. Jasad ini adalah haq ALLAH.

Usai bercuti 3 hari aku dan sahabat aku melangkah ke pekan untuk balik ke kampung. Kami menaiki sebuah van. Tambangnya murah sahaja, RM10. van ini akan berhenti di Bandar Kuching dan kami perlu menaiki sebuah lagi van untuk balik ke kampung kami.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah aku gunakan untuk memuhasabahkan diri, aku tak sempat melakukan semasa perjalanan pergi kerana tidur dengan nyenyaknya :). Aku memerhatikan kawasan sekeliling kami. Banyak kawasan yang dinaiki air tapi tidak lah sampai menenggelamkan kediaman di sekelilingnya. maklumlah masa aku bercuti ini adalah musim tengkujuh.

Sarawak dengan penduduk majoriti beragama Kristian dan Islam adalah minoriti di sini. Perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas sekiranya kita memerhatikan sekolah-sekolah dan bangunan untuk ritual keagamaan yang di bina di sepanjang perjalanan kami.

Syukur Ya ALLAH, dalam ramai-ramai penduduk di bumi kenyalang ini, aku diberi nikmat Iman yang amat berharga. Yang Tiada tolok bandingannya dna tak ternilai dengan harta.
Syukur aku diberi hidayah sebagai seorang ISLAM.

walaupun pada mulanya mak, agak keberatan melepaskan aku pergi kerana aku baru sahaja balik dari satu program di Kuching. sehari berehat di rumah aku mahu bermusafir lagi. Waktu itu aku tak memahami erti rindu seorang ibu yang mahukan anak-anaknya berada di depan mata. lebih-lebih lagi aku jarang berada di rumah disebabkan jarak dengan tempat aku belajar adalah jauh. nak balit bait belon la :)

Mak, maaf la mak...janji lepas ni tak buat lagi...

Sampai sahaja di bandaraya Kuching aku mengajak sahabat aku singgah sebentar di kedai untuk membeli sedikit barang. Sudah menjadi kebiasaan aku jika pergi ke mana-mana membelli buah tangan untuk keluarga. Ataupun membeli bahan-bahan untuk memasak. Aku suka memasak di rumah, rasa bahagia melihat kami beramai-ramai menjamu selera masakan aku. Kebahagiaan yang tiada tukar ganti.

setelah hampir sejam berjalan-jalan kami mencari van yang akan digunakan untuk balik ke kampung. Di kawasan kampung aku tiada perkhidmatan bas. Cukup ada perkhidmatan Van Sewa. Dengan tambang sebanyak RM6 untuk ke kampung aku dari bandaraya Kuching.

Perjalanan yang memakan masa hampir 50 minit atau sejam atau lebih cepat dari itu. Mengikut keadaan dan pemandu van tersebut. ada yang suka memandu laju, ada yang memegang prinsip "biar lambat, asal selamat".

Alhamdulillah, sampai di rumah.

kosong...

rumah aku kosong...

tiada penghuni...

hmm....
kerisauan melanda...

macam mana ni, aku mengambil keputusan untuk menelefon kakak.

"salam..o kak, ne mak ne?" ( salam, kak, mak mana?)

hehe mak juga yang di tanyakan. Satu rumah kosong.
mane diorang pergi ni, dah la tak beritahu aku.

kakak: "aku pun x tauk cne mak, xda orang di rumah ka? (aku pun tak tahu mak pergi mana, tak ada org ke kat rumah?)

alahai..macam mane ni..
tak pe la. Aku pun ambil basikal bapa aku, racing pergi umah kakak aku huhu...
Takkan nak tercongok kat luar rumah.



ni salah seekor kucing aku, aku tengah ambil gambar, yang baju kuning ni aku la..

Aku pun melepak kat rumah kakak aku, ish pelik juga.
Mana la mak aku pergi ni...
Risau. Tu la mak tak bagi pergi ko pergi juga ikut kawan ko..ish2..kan dah terkena batang hidung.

Tak lama lepas tu mak aku pun balik.
Rupanya dia temankan bapa aku pergi hospital. Dah 2 hari dia dan bapa aku ulang-alik ke hospital. Patutla mak aku macam tak nak bagi aku pergi. Bapa aku deman, hidung dia berdarah. Ish..rasa bersalah pula aku..

Kesian kat diorang, mak, minta maaf mak...
dahjadi kebiasaan aku, kalau balik rumah mesti cari mak dulu...
Kalau mak tak da kat rumah, aku sibuk la pergi cari. Sebelum ni pun pernah juga, kitorang tak tahu mak pergi mana. Hari tu aku bangun lewat, saja tak da keje tidur pepagi buta. Bangun-bangun tak da orang kat rumah. Macam biasa la, roger kakak aku. hmm dia pun tak tahu..Tu la, bangun lambat lagi.Kat rumah tak da, kat rumah kakak tak ada, kat rumah abang tak ada, kay kebun tak ada. Manala dia pergi ni. Aku la orang paling kalut cari. Serabut. Habis satu kampung aku cari mana mak. ( tak da lasampai satu kampung pun..acah je tu )

Rupa-rupanya...
penat aku mencari..
patut la tak jumpa..
dia pergi rumah kakak dia..
mak sedara aku la..
alahai mak ni, wat aku risau je..hehe
kalau aku keluar ke Kuching pun orang yang aku akan cari bila sampai kat rumah adalah mak aku..mak mak mak...bapa tak da ke..
aku tak heran kalau bapa aku tak ada, kalau basikal ada, dia ada la tu, kalau basikal tak ada, dia tak ada kt rumah la.

biasa aku balik ke rumah, aku suka tidur dengan mak...haha
ape la..dah boleh jadi mak orang ( opss belum lagi yeee) pun masih nak tidur dengan mak.
Dulu-dulu masa kecik tak dapat bermanja sebab adik aku yang lebih-lebih. Adik aku dah besar jadi dia tak de la sibuk dengan mak aku (adik aku lelaki laa..xkn nak tidur dengan mak)

Dulu aku tak pernah masak, haha
Sampai satu ketika. Lepas SPM aku pun berhibernasi di rumah. Kakak aku dua-dua dah kahwin jadi tak da la orang yang nak masak. Aku masak nasi je la..
mula dari saat tu la mak aku asyik panggil aku suruh masuk dapur. Aku ni malas sikit nak masak ( hahaha itu dulu la...bukan malas sikit, malas banyakkkkk)

Mak aku ajar aku masak, Alhamdulillah sekarang dah boleh masak dah. Tapi kalau kakak aku ada, aku lepas tangan la hehe...

Mak lagi kan...semua mak...
sekarang ni kalau aku ada dirumah, mak tak perlu masak dah. Walaupun aku masak tak sedap hehe..tapi mak dan bapa aku tak pernah "komplen"...diorang makan je...
kadang-kadang aku sedih, lepas ini diorang dah tak da aku nak masak tok siapa lagi.

Lepas ini mak dah tak da, siapa aku nak cari kalau aku balik rumah nanti.

Lepas ni mak dah pergi jauh, tak kira berapa puluh, ratus atau ribu kali aku pusing kampung dengan basikal bapa aku, aku takkan jumpa mak...

sebab mak dah tak de...

mak dah tinggalkan aku...

mak...

aku nak panggil sapa lagi "mak"

aku ada satu je mak...

dia mak aku buat selama-lamanya..

aku tak pernah menagis depan mak, sebab aku tak nak mak susah hati. Kalau nak nangis aku akan masuk bilik, lepas tu tidur la. Mak aku faham, yela mak mesti faham anak-anak dia..Pernah sekali je aku menangis, sebab, bapa aku marah aku.
dia bukan marah, dia cuma kata " tak pe, nanti kalau mak dan bapak tak da, tahulah korang macam mana"
aku terus menangis. Masa tu aku nak pergi airport, nak balik UPSI. Siapa tak sedih, dah nak balik tetiba bapa kita cakap mcam tu. Sepanjang perjalanan ke airport aku nangis je.

Aku risau, taku kata-kata bapa aku tadi menjadi asbab aku menjadi anak derhaka.
sebabnya, aku tak mahu huraikan di sini. Cukupla aku tahu ia adalah salah aku. Mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk aku.

Bapa, maaf andai anak ini pernah melukakan hatimu, Percayalah aku akan buktikan aku adalah anak kebanggaan mu. Aku akan realisasikan impianmu.

Kalau suatu hari nanti aku balik rumah, aku tak dapat nak temankan mak aku tidur lagi.
Aku tak dapat dah nak ajak mak aku solat sama-sama.
Aku dah tak dapat nak ajak mak aku makan sama-sama.

Saat ini aku menangis...
tika ini manik-manik jatuh membasahi kertas di atas mejaku...
detik ini tiada kata mampu diungkap menzahirkan kasih dan sayang aku kepada kedua ibu bapa aku.

saat ini aku merindui kedua-duanya..
walau aku jarang menelefon mereka, tapi aku inagt mereka setiap masa.
doa ku titip buat buah hati aku ni...

aku rindu..
sangat rindu...
walaupun minggu depan aku akan balik ke kampung...
rasa rindu menerjah...

walaupun pada mulanya aku tidak balik cuti semester ni,
aku batalkan niat itu...
aku korbankan sedikit wang simpanan aku untuk menjenguk mereka di kampung...
apalah sangat dengan 2 atau 3 ratus ringgit andai dibandingkan dengan kerinduan kepada keduanya..

pernah sekali pada semester lepas, aku mengadu kepada kakak aku, aku tiada wang untuk berbelanja. malah tiada wang untuk membeli makanan...
sehari selepas itu, abang aku menghantar mesej, dia dah "bank-in"kan wang untuk aku..
aku pun terus menelefon mak, bapa aku yang mengankat telefon. Dia kata "apalah sangat dengan wang itu." Dia risau aku kalau aku tak makan sedangkan mereka makan kenyang dan sedap di rumah.

mak..
bapa...
maaf andai anak ini menyusahkan kalian..
aku sedih...
mulai hari itu aku berazam, aku tak akan mengadu dengan kakak aku...
bila mengenai kewangan...mak dan bapa aku tak bekerja..
kakak aku surirumah sepenuh masa...

bapa aku pernah memberitahu aku. Tiba saat aku bekerja, mereka tak akan bekerja lagi. Mereka nak rasa duit dari hasil pekerjaan aku. Ya ALLAH panjangkan umur keduanya.
Semoga saat bahagia mereka itu akan kunjung tiba.

saat ini aku terfikir, andai ada kumbang yang ingin menyunting bunga ini,
Aku risau,
Apa jawapan aku nanti,
Bagaimana dengan kedua orang tua ku,
Keutamaan harus aku palingkan kepada si suami,
Tapi bagaimana kedua kekasihku ini,
Aku tak sanggup meninggalkan mereka,
Biarla aku membanting tulang untuk menyara mereka,
Aku tidak kisah,
Aku pasrah,
Aku mahu berkhidmat kepada mereka,
Aku mahu bersama mereka sehingga akhir hayat mereka,

andai mereka tiada, Siapalah aku di dunia
tanpa kasih sayang mereka, siapalah aku di dunia

mak, bapa..terima kasih atas kasih kalin yang tak terhingga,
doakan anak ini berjaya di perantauan..

Benar, kasih seorang ibu dan kasih seorang bapa tiada penggantinya...

p/s nukilan ini adalah berdasarkan kehidupan penulis

3 comments:

Lisam said...
This comment has been removed by the author.
Lisam said...

cik nurul..
awat banyak benar gambar kuceng nih..
suke beno ek kt depa sumer nih..

p/s: slalu mai,tapi jrg tinggal jejak..sebab tu kate cam xpenah mai kan..hehe
ekceli slalu je dt ziarah blog kawan2 if tak bizi..

Nurul S Othman said...

wah pakcik ku sudah sampai..
perasan gak id pakcik ade kt feedjit sy ni...

jgn marah na sebab kata blog hitam legam vs blog sy putih melepak hahaha...

a'a syg sgt kt kucing...kadang-kadang marah2 kat rumah p cari depa..main2 dengan depa...hilang rasa marah tu tgk depa mengiau...

walaupun tak paham tapi ngiauan diorg seolah memjuk hati supaya tenang...

seronok...

nnti dah ada umah sendri nak bela kucing byk2 huhu...

(p/s tp masalah taik kucing kena dibendung segera hahaha)