Monday, October 5, 2009

15 maut akibat Taufan Parma

sumber dari KOSMO

15 maut akibat Taufan Parma


SEORANG anggota polis melihat sebatang pokok ditiup angin kencang akibat Taufan Parma di Cagayan, utara Manila kelmarin.


MANILA - Sebahagian besar utara Filipina dilanda banjir dan terputus bekalan elektrik semalam selepas Taufan Parma membunuh sekurang-kurangnya 15 orang di negara itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa merasa lega kerana taufan itu tidak sekuat seperti yang dibimbangi mereka.

Genap seminggu selepas hujan paling lebat dalam tempoh lebih empat dekad mencetuskan kemusnahan di Manila selain membunuh hampir 300 orang, Taufan Parma mula melanda Pulau Luzon di utara Filipina kelmarin.

Banyak kawasan di pulau itu terpaksa bergelap tanpa sistem komunikasi semalam ketika Parma meninggalkan Filipina dan bergerak ke Laut China Selatan.

Taufan itu menyebabkan sejumlah jalan raya di negara itu ditenggelami air atau dihalang oleh pokok-pokok yang tumbang.

Namun, Biro Kaji Cuaca Filipina memberi amaran bahawa bencana masih belum berakhir kerana Taufan Melor yang berada kira-kira 2,000 kilometer ke timur Lautan Pasifik diramal akan menolak Parma kembali ke negara itu. - AFP

No comments: