Thursday, October 22, 2009

2 perkara...1) solat dhuda, 2) sedekah

Assalamualaikum wbt..

bagaimana hari ini, sudah solat dhuha, atau sudah bersedekah?

Alhamdulillah jika sudah, yang belum cepat-cepat buat.

Tak mampu buat hari-hari, buat selang sehari, xmampu selang sehari, buat 3 hari sehari, tak mampu jugak, sekali seminggu. Buat sedikit tidak apa, tapi istiqamah.

Masih tak mampu, Islam tak bebankan kita sebab tu solat dhuha tak difardukan. Tapi sekiranya diamalkan, impaknya besar. Anda akan tidak akan rasa kurang.

Sedekah. Hmm hujung sem, pelajar memang agak kering poketnya. Masa ini jika kamu sudah biasa bersedekah, tak akan keberatan bersedekah. walau sekadar gula-gula sebiji. Niat kerana Allah.

*****************************************************************

Semalam saya ke pekan Tanjung Malim. Sorang-sorang.
Terjumpa seorang hamba Allah, yang menjual buku-buku dan cd. Sempat berborak seketika dengan mereka. Rupanya mereka adalah adik-adik saya dari Sarawak (adik-adik se Islam-bukankah setiap yang beragama Islam itu bersaudara).
Mereka tinggal di Kuala Lumpur. Oh ya, nama mereka saya tak sempat nak tanya. Kedua-duanya lelaki. Seorang berumur 20 tahun (pelajaran sehingga PMR sahaja), yang kedua 19 tahun, sebaya dengan adik saya. Status pelajarannya saya tak sempat tanya.
Alkisahnya, si 20 tahun bertanya kepada saya, tidak risau ke berada di pekan seorang diri.
Saya hanya menjawab husnu'zon. hmm dia tak paham katanya, lalu memberitahu status pendidikannya.

Saya menjawab "Maksudnya bersangka baik kepada Allah".
InsyaAllah, peringatan buat diri saya dan adik-adik ini. Teruskan usaha adik, cari rezeki dari sumber yang halal.

***************************************************************
Untuk dia: Status kewangan, hmm sekarang ni, ekonomi agak jatuh, sebab dah hujung sem. Bagi yang bergelar mahasiswa paham la perasaan ini.
Baki wang adalah untuk makan, menyiapkan tesis tahun akhir, dan untuk cari rumah sewa yang bakal saya huni semasa prkatikum nanti.
Harap sekiranya dia membaca entri saya kali ini, memaafkan saya. Mungkin saya terpaksa melewatkan pembayaran kepada dia. InsyaAllah, saya akan serahkan secepat mungkin. SMS hari tu pun saya tak padam dalam hp saya untuk peringatan pada saya bahawa masih ada janji yang belum saya tunaikan.

***************************************************************

Saya masih risaukan adik saya. 29 okt ini dia akan temuduga polis. Doakan dia berjaya. Mudahan ini adalah salah satu hijrah dia.

22 November 2009: Hari terakhir saya di kolej saya. Saya akan kembali ke Sarawak pada hari tersebut, semoga urusan saya dapat diselesaikan sebelum hari tersebut. InsyaAllah.

Sem depan, hidup baru saya. Bakal menjadi "Cikgu Nurul" selama 4 bulan di SMK Seri Sepang, Sepang. Setakat ini yang saya tahu, sekolah ini bukan sekolah dalam ladang/estate. Semoga dipermudahkan urusan.

Sekian.

No comments: