Saturday, October 31, 2009

Kematian adalah perkara yang paling dekat dengan kita

Innalillahi....

Saya baru sahaja menerima kematian saudara saya.

Suami kepada anak saudara saya. Nama asalnya Ah Hwa.

Alhamdulillah, dia mati sebagai seorang Islam.

Sejauh mana penghayatan dia dengan agama, itu perhitungan dia dengan Allah.

Hari raya lepas, saya sempat beramah mesra dengan mereka. Terserempak di tengah jalan, semasa mereka berkonvoi berhari raya bersama keluarga menaiki motosikal.

Riang hati melihat kegembiraan mereka.

Tak sangka Allah jemput dia lebih cepat.

Arwah memang seorang yang tak lokek dengan senyuman walaupun masih berbahasa melayu sarawak yang bercampur dengan sebutan cina, tapi saya kagum, dia memilih Islam sebagai agamanya.

Hari raya lepas, pada hari raya pertama, saya dengan abang sulung saya, merempit menaiki motosikal untuk menziarahi tanah perkuburan nenek sebelah mak dan bapa saya.

Mak dan bapa menaiki kereta bersama kakak dan abang ipar.

Sebaik selesai bacaan yasin yang diketuai oleh bapa saya, kami bergegas balik kerana hendak singgah di rumah saudara sebelum balik ke rumah.

Tapi rezeki tidak menyebelahi kerana saudara kami tiada di rumah. Dalam perjalanan balik, kami terserempak dengan rombongan TUDM kalau tak silap saya, tidak pasti mungkin TLDM, tapi yang pasti arwah adalah seorang tentera. Rombongan mereka menghantar jenazah untuk di kebumikan.

Jenazah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di semenanjung, mayat arwah diterbangkan ke kuching sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung sambir iaitu kampung bersebelahan dengan kampung saya.

saya dan abang saya berpatah balik ke tanah perkuburan untuk menyertai mereka manakala kereta abang ipar saya terus balik ke rumah.

Ini kali pertama saya menyaksikan pengebumian secara lansung. Sebelum ini tidak berpeluang. Saya memerhatikan keadaan sekeliling.

Arwah disemadikan mengikut istiadat tentera. Dalam hati saya hanya mampu berdoa agar setiap yang hadir mengambil iktibar daripada apa yang mereka saksikan.

Semasa mereka mengali kubur untuk mengebumikan jenazah, saya mengambil peluang untuk menjenguk ke dalam kubur yang digali. Bukan apa, hendak mengambil ibrah daripada peristiwa tersebut.

Arwah masih muda. saya kira usia dia kurang dari 25 tahun. Sangat muda tapi ajal tak mengira usia kan.

Entah esok lusa masa untuk kita pula. Siapa tahu...

Allahu rabbi, jika Kau matikan kami, matikan kami dalam keadaan beriman dan Husnul khatimah.

Jauhi kami dari azab kubur.

Baru-baru ini, beberapa orang pelajar upsi meninggal dunia, Innalillah.
Ada yang kemalangan, ada yang meninggal kerana sakit.

Mati itu tidak mengenal usia.

Semoga kita berusaha mencari bekalan untuk di bawa ke sana.

ALFATIHAH untuk semua arwah.

Doakan semoga Allah mengampuni dosa mereka.

3 comments:

Syahril said...

semua org tau yg kematian makin dekat bkn makin jauh... tapi masih ramai yg masih leka dan belum bersedia utk mati... ada yg berfalsafah... "hidup ini mmg bla bla bla... tapi esok masih ada"... tapi soalnya... siapakah kita utk menjamin esok masih ada?

p/s:jom beribadah seolah2 esok sudah tiada...

p/s2:takziah diucapkan... alfatihah...

neem said...

moga arwah tenang di sana.

Nurul S Othman said...

InsyaAllah...moga Allah pelihara Iman dan Islam dalam diri kita