Friday, October 2, 2009

Adakah masa itu akan tiba???? purdah itu??


Assalamualaikum wbt...

PURDAH.

NIQAB.

Ladies in purdah(display only) by -W@N @L!-.


Ya dua benda yang sama dan anggapan negatif masyarakat mengenai keduanya.

Suatu hari saya pernah mengenakan pakaian ini, hendak merasa apa "feeling" yang kita dapat.

Dan jawapannya, YA. Ketenangan. Rasa selamat.

Walaupun itu hanya tempoh cuba-cuba saya.

Selepas itu, kadang-kadang saya merasa segan bila keluar tidak memakainya. Walaupun dalam usia 21++ tahun ini, hanya 2 kali mengenakannya.

Rasa malu dan segan dan rasa diperhatikan menyelubungi diri.

Kadang-kadang saya akan tarik tudung sedikit untuk menutup muka sekiranya saya perlu duduk menunggu seseorang dalam satu jangka masa sekejap dan lama.

Entah, rasa segan.

Kalau nak tahu kamu cuba la sendiri pakai purdah di tempat awam. Ramai orang.

Pernah suatu hari di KL Sentral kebetulan hari tu saya pakai purdah, seorang wanita cina bertanya dengan saya di mana stesen monorail, tak sempat saya menjawab persoalan dia, dia dah pergi meninggalkan saya. Ramai-ramai orang di situ, saya juga yang dia tanya. Insan terpilih (^_^)

Seperkara lagi mengenai pemakaian purdah. Saya senyum. Lepas tu tergelak sendiri (dalam hati), dia mana nampak aku senyum.

Perasan juga semasa dalam LRT atau KTM saya menjadi perhatian.
Tapi tidak mengapa. Mereka tak kenal saya pun.

Purdah kepunyaan saya adalah hadiah dari sahabat saya. Tak sempat nak buat sendiri.
Untuk sesiapa yang pandai dan ada purdah, ajar la saya macam mana nak buat. Nak hadiahkan kepada saya pun di alu-alukan.

Pendapat dan pandangan kalian mengenai purdah amat saya alu-alukan.

Semoga satu hari nanti saya berpeluang mengenakannya secara istiqamah.

Dan semoga "my future husband" membenarkan saya mengenakannya.

Mungkin sesetengah orang mengatakan bahawa, "aku bukan cantik sangat sehingga perlu mengenakan purdah".
Atau "Pakai purdah tidak wajib, jadi kat Malaysia ni tak sesuai. Orang arab pakai purdah sebab kat sana padang pasir, banyak debu".

Pernah saya ditegur oleh seorang sahabat saya sendiri.
"Eh, kenapa nak pakai purdah, wara' sangat la." "Alim sangat la".

Saya balas dengan senyuman sahaja. Kebiasannya saya secara peribadi jarang memberi pendapat atau menghukum sesuatu sekiranya saya sendiri tidak terlibat dengan perkara tersebut.

Contoh dalam kes purdah. Saya kira saya tidak layak mengatakan apa-apa mengenai pemakaiannya sehingga saya sendiri merasainya. Bila dah melaluinya, kemudian berilah pendapat secara berhikmah.

Ini sekadar pendapat saya. Sekiranya kalian ada pendapat boleh suarakan kepada saya. InsyaAllah.

Di sini saya bukan mahu menunjuk-nunjuk. Tapi lantaran pandangan -ve masyarakat, saya rasa ia patut diketengahkan. Artikel mengenai "purdah" amat menarik perhatian saya.

Entah, adakah masa itu akan tiba untuk saya memakai purdah secara istiqamah?

Kadang-kadang terfikir dengan mentaliti masyarakat sekitar kediaman saya sendiri.
Banyak cabarannya di sarawak berbanding di semenanjung walaupun kedua-duanya ada cabaran.

Kalau di Semenanjung, masyarakat sekurang-kurangnya paham "sedikit" berbanding di Sarawak yang kadang-kadang tidak tahu menahu dan tiada kaitan memperkotak-katikkan pemakaian purdah.

Memakai purdah hanya sunat tapi wajib apabila mendatangkan fitnah. Cuma perlu diingatkan, istiqamah menutup aurat yang wajib terdahulu baru kita mengerjakan yang sunat.

Sama konsep dengan solat. Laksanakan Solat wajib terdahulu baru solat sunat.

Allahurabbi, Ketenangan apabila mengenakan purdah anugerah-Mu yang tak terhingga. Beruntung kepada mereka yang istiqamah.

Bagi para suami, Jika si isteri menyatakan keinginannya, izinkanlah sekiranya keadaan mengizinkan. Kamu juga akan beruntung.

Sama-samalah kita muhasabah diri.

Perbaiki diri.

Walaupun kita tidak akan sempurna sepenuhnya, tapi ambilah langkah-langkah untuk menuju kesempurnaan.

Usaha kita akan dinilai oleh Allah. InsyaAllah.

7 comments:

Noor's blog (inside of me) said...

Walau memakai Purdah itu sunat, tapi bila kau ingin memakainya..mengapa tidak ! tak perlu malu, segan atau akan jadi perhatian. Biar saja jadi perhatian, anggap saja kau ini celebrity.....

puterinurzahra said...

ehehe..ok :)

sepohonkayu said...

nak pakai purdah ni kene tau kenapa... sebab ia perintah Allah (niat terbaik!)... baru best ...

siapalah yang BERUNTUNG dapat isteri yang dengan rela hati (kerana Allah) nak mengenakan purdah ya?

akhir kata... mana kan sama buah yang dibalut dan terjaga rapi dengan buah yang terdedah diunggas lalat, langau, dll =)

p/s: entri menarik bagi menyatakan hasrat dan perasaan untuk mentaati perintah Allah~

Cahaya Mataku said...

~kadang2..diri ni tidak ada kekuatan untuk buat perubahan...biarpun setiap perubahan yang baik itu jangan ditangguh~

tetamu said...

alhamdulillah..saya juga amat tertarik dengan artikel berkaitan purdah. doakan saya agar satu hari nanti, saya juga dapat memakainya. saya yakin, dengan kita memakai purdah, kita lebih selesa dan selamat.
doakan saya ya!

ummuabbas said...

Salam'alaikum dik,

Dipersilakan ke blog akak untuk berkongsi pengalaman pakai purdah. Akak ada cerita sedikit mengenainya. Adik boleh taip purdah dan search untuk memudahkan artikel mengenainya terkumpul.

Akak ada pengalaman ibu sendiri menegah dan suami tidak menggalakkan namun alhamdulillah, Allah jua yang maha kuasa melembutkan hati mereka. Moga Allah terus membantu.

Tolong doakan akak juga ye..

Sekian.

Ukhtuki fillah.

Ummu Abbas

ikanlaga said...

salamwbt..halamak...nak jugak!
T_T