Friday, October 2, 2009

" Allah tak bagi apa yang kita mahukan.. Tapi..Allah bagi kita apa yang kita perlukan.. "

Assalamualaikum wbt...

" Allah tak bagi apa yang kita mahukan..
Tapi..Allah bagi kita apa yang kita perlukan.. "



Sahabat, doakan ana kuat dalam mempertahankan iman dalam diri ana.

Jalan ku ini bukan mudah…bukan mudah,
penuh dengan segala ujian dan dugaan dariNYA…
hanya berbekalkan kesabaran dan keimanan…
ku tempuhi segalanya…apa yang baik datang darinya…
dan yang buruk adalah kealpaan diriku..
segala yang baik dijadikan tauladan…
dan segala yang buruk dijadikan pedoman..
moga rahmat dan redha ALLAH bersama kita…
kejayaan tidak akan datang secara tiba2
jika kita tidak mengusahakannya...




Ya ALLAH Ya Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha PENGASIH, kepada siapa engkau menyerahkan daku??
Kepada musuh-musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku?? Tidak ada keberatan bagiku asal saja aku tetap dalam keredhaanMU dan sentiasa di bawah lembayung rahmatMU. Dalam pada itu a’fiatMU labih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya petunjukMU yang menyinari segala…




Ya ALLAH rahmati aku dengan AL-QURAN..Jadikan ia pimpinan, cahaya petunjuk dan rahmat Mu Ya ALLAH..Ingatkan aku apa yang terlupa, ajarkanlah aku apa yang tidak diketahui..Ingatkan aku untuk membacanya,memahaminya, dan menzahirkan ia dengan perbuatan…..siang dan malam…Jadikan ia penolongku..memberi kan rasa jiwa yang tenang di kala hati dilanda keresahan. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa berdampingan dengannya




Ya ALLAH Ya Tuhanku, jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaranmu, Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan mengingatkan aku bahawa segalanya adalah suratan dan takdir darimu..supaya aku sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang tiba, Jika aku kecewa menahan rasa, hadirkanlah aku dengan rasa kerendahan dan keredhaan dengan ketentuanMU dan Jika aku lemah tak berdaya, ingatkan aku dengan kehebatan syurgaMU.




Ya ALLAH yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa, apabila Engkau telah menyediakan rezeki hidupku pada hari ini, maka kosongkanlah keinginan dariku. Janganlah Engkau jadikan keinginan padaku untuk hidup kekal pada hari esok, kerana hari esok,insyaALLAH akan tentu ada rezeki yang baru untukku. Aku berserah diri kepadaMU ya ALLAH. Akan ku tinggalkan keinginanku demi keinginanMU ya ALLAH.Semua perkara di dunia ini adalah hakMU ya ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Amin..

No comments: