aku cari Dia!

cerita I
ESQ mengajar diri, membentuk peribadi, dengan hidayahNya, aku mengenal..
1. rupanya, Dia yang aku cari!
Gelap itu sungguh pekat. Tersedu sedan, suara tangisan bertalu-talu. Takbir, tahmid, tasbih ditujukan pada yang berhak. Mereka lemas, dalam tangisan sendiri. Bagaikan tidak percaya, hati yang sering menafikan kekuasaan Pencipta, jasad yang sering berbuat dosa, saat itu kaku semuanya. Penat. Letih. Menghambur air mata yang tak sudah, bukan memaksa, itu lahirnya dari fitrah manusia. Suara hati yang berterusan memanggil nama Dia, Allah..Allah..Allah..
APA YANG KAU MAHU?
Tatkala soalan ini ditanya, kononnya dari Malaikat Maut, bunyi bising kuat bergempita sini sana, tiada apa yang kucari, melainkan Engkau..Allah..Allah..Allah.. makin kuat suara itu kedengaran. Sebelum dipasang muzik seperti itu, sebelum suasana itu dilakonkan sepenuhnya, sebelum aku ditekan dengan suasana itu, hati ini menjawab:
“aku ingin keyakinan..aku ingin semangat..aku ingin menjadi dia yang ini, yang itu..aku mahasiswi berjaya..aku ini..aku itu..” Tipu semuanya. Saat itu, jawapan-jawapan ini tiada lagi. Yang ada, hanya Dia..aku ingin dipeluk, dimanjakan, disayangi, dicintai, oleh Dia..cukup! Noktah! Aku milikMu, selama-lamanya!
Allah..Allah..Allah.. Suara itu tenggelam dalam tangisan sendiri. Selama ini, Engkau yang aku cari? Dalam diri penuh dosa, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh cinta, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh nafsu, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh syaitan durjana, berhala-berhala, Engkau yang kucari? Dalam diri penuh semangat, cita-cita, Engkau yang kucari? Dalam diri,dalam hati, ada manusia, ada mereka, ada dia, Engkau yang kucari?
2. ISLAM, Dinul Haq! dia kembali kepadaNya..
Jam 7.15 petang, laungan takbir bergema. Dewan itu gamat dengan suara semangat. Dia kembali kepada Pencipta, kembali kepada Dinul Haq, setelah mungkin selama 19 tahun menidakkan kebenaran agama Allah. Hidayah Pencipta menemukan dia dengan jalanNya. Kalimah syahadah dilafazkan, dia kini muslimah. Moga-moga mukminah. Tahniah, sahabat! Air mata menitis, sungguh mengharukan!
3. Rasulullah model, dia yang harus dipuji!
Cintanya pada umat tiada terkata. Baginda hebat. Perjuangannya hebat. Belum cukup dalam cinta aku pada dia, kekasih Allah..
4. Solat itu watak diri. Watak diri itu solat.
Solat itu spiritual, praktikalnya senaman. Membentuk diri disiplin, tanggungjawab, amanah, kuat. Penghayatan dalam solat itu perlu untuk membentuk kekuatan dan stamina pada diri. Hayatilah solat, nescaya menemukan sesuatu yang baru!
5. istighfar dan wudhu’ membersihkan hati..membuang segala belenggu dalam diri!
Hati tenang, tiada resah di jiwa.
6. visi, misi, semuanya menuju ALLAH..
semuanya kerana Allah. jaga diri, menuntut ilmu, bekerja, semuanya kerana Allah. Ikhlas, kerana ada malaikat yang mencatat di kanan dan kiri.
7. kepimpinan melalui tauladan..perjuangan..cinta Hakiki, dunia..
8. mati itu SY0K (best)!
9. terlalu banyak…
“Ya Allah, letakkan CINTA umie walid, adik-adik, keluarga, sahabat-sahabat, suami, muslimin muslimat diTANGANku. Ajarlah aku untuk mencintaiMu, agar Engkau selamanya di HATIku.”
ESQ 165 best! ![]()
sumber:http://eslamicqueen.wordpress.com/2009/03/30/aku-cari-dia/


kau dan aku....cik mal..mest anda sangat bahagia membaca post kali ni kan...:)


ni budak kecik yang sentiasa bersemangat buat kerja....jangan marah ek...:)
mampukah aku teruskan perjuangan ini....
dari kiri: ada, mai, iqa, pengantin perempuan, pengantin lelaki, su,eda dan aku



polis sesat kat rumah aku...aik main sembunyi-sembunyi pulak dah
eda sebagai juru kamera..gambar adik akku kat bawah ni dia yang ambil
ni la adik kesayangan aku..haha aku selalu cakap kat kakak aku..."oo kak, ne adik kesayangan tek ne?"
kena belajar lebih la lepas ni kan


solehah...itu idaman setiap wanita muslim...walau siapa pun mereka dalam hati mereka ada rasa menjadi insan yang terbaik..
cinta yang disandarkan kerana cinta kepada Allah tidak akan mengecewakan kita
berkarat...huhu bukan ferum or kuprum or mana-mana logam yang berkenaan..ini alkisah kucing dua ekor yang bergaduh ni...dah-dah la tu..cepat minta maaf
kamu ni buat drama romantik pula kat sini ye...
sahabat...siapakah mereka???
aduh maaf la sume..hari ni lewat balik jadi makan tengaharinya belum dihidang lagi
baby yang baru belajar merangkak...jangan nakal-nakal tau..
dia ni sama hobi dengan aku...seronok duduk dengan buku-buku yang banyak..tak baca pun tak pe..tengok buku pun aku seronok (tapi aku ada gak la baca buku-buku ni)
ish...kamu nampak sedih je...ok2 sat g saya tolong mandikan kamu ye...manja pula dak sekor ni
adus...awak pun nak main blog jugak ke...xpe2 nanti saya beli laptop kahs tok awak ye...
buat ape tu kucing...study tok final nanti ke (final 19 April nanti)
mereka yang sangat comel huhu
burung ni jaga kucing ni tidur...jangan amik kesempat ye burung..
wat pe kacau dia rung...
teman nak tido dulu...kamu jaga teman ye